20 December 2011

Tafsir Mimpi

Assalamua'laikum..


Aku ni sebenarnya seorang yang selalu bermimpi..setiap kali tidur mesti mimpi..tak kira tidur siang ke pagi ke malam ke..


Selalunya mimpi aku berlaku sebaiknyalah dalam kehidupan sebenar..contohnya kalau aku mimpi sedih-sedih tapi in real hidup aku alhamdulillah happy saja and macam tu lah sebaliknya..


Banyak kali juga aku mimpi kononnya macam petanda or petunjuk macam tu lah..contohnya aku selalu mimpi aku takut nak daki tangga..or more precise takut tempat tinggi..dan dalam masa terdekat akan berlaku perkara-perkara yang aku taknak dalam hidup aku..entahlah..ada yang cakap tu sihir..nau'zubillah..aku pun tak pernah jumpa ustaz or sesiapa..


Kes beberapa bulan yang lalu, orang yang dekat dengan aku tahu lah aku dah putus cinta..Allah..malu nak sebut pasal cinta..huhu..tapi sebelum tu aku ada mimpi macam-macam tentang dia..


Setiap kali aku mimpi mesti arwah emak dia masuk sekali..siapa yang baca blog lama aku tahu lah pasal kes kemalangan di Gua Musang yang menyebabkan emak dia meninggal dunia di tempat kejadian..


Berbalik pada mimpi aku , setiap kali mimpi mak dia mesti layan aku dengan baik..dan setiap kali itulah dia tak masuk pun dalam mimpi aku..aku rasa mimpi tu ada betul juga sebab apa yang emak dia katakan ada kaitan dengan apa yang dia bagitahu aku..tak payahlah aku cerita semua..


Tapi yang aku tertanya-tanya kenapa mesti arwah emaknya yang masuk menghampiri aku dalam mimpi kan?tak apa sekurang-kurangnya kami berjumpa sebab aku tak sempat jumpa arwah di alam nyata..


Akhirnya bila dia kata masalah dia macam-macam dan minta undur diri pada mulanya aku tak boleh terima..tapi aku tersedar untuk apa aku merayu..aku tak perlu lakukan perkara bodoh..aku relakan semuanya berlalu dengan janji dan harapan yang berkecai..


Kawan-kawan ada tanya aku tak tanya khabar dia ke?gila?dia dah buang aku untuk apa lagi aku cari-cari dia..no need lah..past is past bagi aku..dia yang pilih jalan ni dan aku pun dah cukup bahagia dengan hidup aku sekarang..


Memang tak dapat nak lupakan apa yang terjadi tapi siapalah aku nak melawan kehendak takdir..rezeki, jodoh, maut semuanya Allah yang tentukan..dan aku harus lalui hidup ini dengan tenang..


Kerana tak kira muram atau senyum kita tetap kena teruskan kehidupan..jadi lebih baik aku pilih untuk tersenyum sambil meneruskan perjalanan yang tidak lama lagi pasti aku atau dia akan mengikut jejak arwah emaknya juga..


Al Fatihah.

4 comments:

Blogger said...

Salam ziarah,kalau mimpi mcm tu ada yang kata kena sihir,kita pun selalu mimpi macam tu...

Prettywrite said...

MOBYDICK..

ya ker..takutlah kalau betul2 sihir..huhu

misya said...

mintanya tak ada apa la,banyak2kan istgfar,minta di jauhi dari sihir.

Prettywrite said...

misya..

harap-harap macam tu lah k.sya..siapalah nak sihir2 kan..minta jauh sgt2..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...