12 December 2011

Boleh Tak Kalau Tak Payah Tajuk?

Assalamua'laikum..


Aku dah naik peninglah pikir pasal tajuk entry..rasa macam cari tajuk untuk novel pulak..payah sungguh..


Cerita semalam balik kerja dalam hujan..renyai saja..kalau tak, lencunlah aku..faham-faham saja lah bawak honda tak ada bumbung ni..ha ha..


Sampai rumah, abang dengan kakak ipar aku belum balik..jadi laju-lajulah aku potong n rebus daging nak masak  daging masak merah..kalau nanti kakak ipar aku masak benda lain tak merasa la daging masak merah kan..hak hak..


Lepas sembahyang asar turun dapur siapkan dinner tu..daging masak merah dengan ayam goreng asam..waah  fevret aku tu ayam goreng asam..huhu..tapi daging masak merah tu jadinya daging masam manis pedas pulak..3 rasa..terror tak aku transformkan masak merah to 3 rasa?ha ha..


Tunggu isyak dapatlah makan dengan seleranya  sambil tengok drama Plan MB dekat tv9..sengal jugak cerita tu..nak nak Bell Ngasri tu lah..tergelak jer aku..haaa..cubalah kamu orang tengok..cerita nak cari bakal bini dekat ayah dia orang..


Dan yang paling penting Ma dan Ayu dah balik pagi tadi..hohoho horlicks..:p..siap pakej anak K.tie lagi 3 orang..riuh rendah la rumah tokma tu kan..tadi Ma cakap Ayih dah nak balik rumah dia sebab bosan tak ada kawan..kakak-kakak nya sedap layan tidur..apa dia ingat KL tu dekat sangat lah kan..tengoklah nasib dia 2 minggu lagi..ha ha..

6 comments:

Pen Biru said...

tajuk entri xde pun tak pe..janji ada isi entry tu..hehe

diana said...

kalau lama2 dok kampung ada la kawan nya nanti..eik??:p

Prettywrite said...

Pen Biru..

a'ah betul jugak kan..hehe

Prettywrite said...

K.Diana..

tu lah kak..tengoklah dalam 2minggu ni apa dia nak buat..kat kampung pun tak ramai budak2..orang2 tua ramai la..haha..

Myra Jay said...

Mana gambaq daging masak merah aka 3 rasa tu?? :)

Nak gak tengok :)

Prettywrite said...

K.Myra..

haha..tak ambik gamba pun kak..segan lah..nt masak lenkali yna tempek..kekeke

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...