02 April 2016

Clenx Tea

Assalamualaikum.

Harini dah hari ke 4 minum natural clenx tea. Ya Allah harini paling teruk rasanya sebab sepanjang pagi tadi sampai 4 kali berulang pi tandas. Sampai xlarat sangat tertidur tengahari tu. Suami balik awal harini pukul 3 baru terjaga. Kikiki.

Aku minum teh ni bukan nak kurus pun. Takderla gemuk sangat tapi dah berisi la banding dulu. Sekadar nak kempiskan perut jer. Lepastu nak cuci2 usus ni haaa. Lantakler nak membuang berapa kali pun. Puas hati rasanya. Lagipun bukan ada gi memana pun. Duk kat umah jer.hihi

Ni pun dah rasa macam mengempis sikit perut. Harap2 berkesan la. Tapi aku xtaw cara betul minum teh ni. Din kata minum pagi dan malam. Tapi aku minum malam jer. Takut pulak minum banyak2 kali. 😁😁😁

Ada 10 sachet jer untuk 1 kotak ni. Habis yang ni stopla dulu. Sebab plan nak try produk detox brand forever living pulak. Kawanku, Ciklat yang jual haruslah support kawan2. Kalau bukan kita siapa lagi. Tapi tengah kumpul duit sebab mahal jugak benda tu. Din pulak buat xtaw jer sebab tu dia belikan clenx tea sebab forever mahal katanya. Haha. Takper aku beli sendiri lerrr.😂

Semoga kempislah perutku dan nyahlah segala angin kotor dan toksin dari badanku. Jom sihat!😘

01 April 2016

KFC Delivery

Assalamualaikum.

Cerita petang tadi. Din order KFC online. Ni first time kitorang order online. Padahal rumah dekat jer dengan KFC tapi sebab malas nak keluar order jerlah.

Order pukul 3. Estimate KFC sampai depan pintu rumah katanya setengah jam. Tunggu punya tunggu tak sampai. Lepastu dapat call dari rider tak jumpa rumah. Dah ke mana2 dah perginya. Haha. Alahai. Geram ada kesian pun ada. Berkali2 dia call. Pelikla kami. Last2 kami keluar jugak pergi ambik KFC tu dah asar time tu.

Kesian rider tu. Berkali2 mintak maaf. Kami pun tak sampai hati duit balance din baginya seringgit. Aku kata apasal sikit sangat b bagi? Kesian dia. Gelak jerla suamiku. Tertukar katanya nak bagi rm10 pi bagi seringgit. Haha.

So conclusion is mana2 company nak buat delivery kena la hire rider yang taw jalan. Ni tah ke mana perginya. Nasib baik suami ok. Kalo x cancel sesajo order. 😁😁😁

Ok lah. Nak settle quotation barang IKEA. Order bersusun. Jomlah kalau ada peminat IKEA. Ushar2 fb ku ya : Yana Razali.
Goodnite.😘

29 March 2016

Ikea Personal Shopper

Assalamualaikum.

Lama tak tulis apa2 kat blog ni. Dah tak rasa nak menulis dah. Sibuk dengan macam2 especially Facebook jer. IG pun tak sempat nak update. Bizi betul mencari rezeki.😁

Alhamdulillah azam aku tahun ni aku dah cakap kat diri aku nak lebih maju ke depan dalam segala hal terutamanya minat aku dalam bisnes.

Syukur dah 2 bulan buat bisnes barang2 IKEA sambutan menggalakkan. Paling utama niat aku nak bagi duit kat ma. Syukur Allah permudahkan. Dapat aku bagi ma duit hasil titik peluh berniaga lepas kahwin ni. Walaupun tak banyak sekadar 3 angka tapi cukup bahagia lihat ma happy. Semoga aku terus murah rezeki. Ma nak apa saja aku mampu belikan satu hari nanti.

Di samping tu aku ada plan jugak nak buat bisnes sampingan tambah lagi pendapatan. Nanti dah berhasil akan aku kongsikan.

Semoga setiap yang berusaha tidak berputus asa dan kaya & berjaya dunia akhirat. Ameen.😘

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...