09 February 2012

Segmen Lia Lomi - Air

Assalamua'laikum




Dah sekian lama tak ada peluang untuk join segmen2 ni semua so kali ni ada masa sikit aku nak join segmen yang diorganized dek Cik Lia kita ni..
segmen tentang air..



Kisah ni dah berlalu kira-kira 17 tahun yang lalu..
waahh macam dah tua sangat bunyinya aku..hehe..
masa ni aku darjah 2..
dan aku ada 2 orang sepupu yang sangat rapat dengan aku dan juga kakak aku iaitu, Nina dan Dida..
so setiap kali cuti kalau dia orang tak datang kampung aku..
kami yang pergi kampung diaorang..


Nak dijadikan cerita, masa pergi bercuti rumah diaorang tu , sepupu aku ni ajak kita orang mandi kolam buatan dekat kawasan parit belakang rumah diaorang..
sah-sah lah sepupu aku 2 orang ni pandai berenang ok..
hari-hari practice kot..


So pagi tu,tak pagi jugaklah aku rasa sebab rasa panas matahri masa tu..hehe..
kitaorang pergi lah nak belajar berenang ni..
pakai baju renang?jauh sekali..
budak 8 tahun kot..faham-faham lah..haha..
kolam tu bukan simen ya..bertanah liat berair coklat..huhu..


Sepupu aku ajak turun aku dah rasa seram..
tapi dia kata cetek jer airnya kat sini..
so aku turun lah pelan-pelan dengan rasa ragu..
sepupu aku Nina ngan Dida tu dengan berlagaknya dok berenang macam atlit renang ok..
dah pegi sana..berenang sini balik..dok ulang2..tercabar jugak aku..


Nak pandai berenang kena belajar apungkan diri dulu kan..
so dia orang mintak aku apungkan diri..
siap tolong pegang kepala and kaki lagi..
lepas tu dia orang cuba lepas..
masa tu aku dah tak stabil..nak tenggelam ok..
last2 kepala aku terhumban ke air dulu..ya Allah..lemas ok..gelabah aku..


Sepupu2 dengan kakak aku kecoh nak tolong aku lepas tu dia orang gelak..
tahu kenapa?sebab air tu paras lutut jer sampai boleh buat aku lemas..hahaha..
punyala panik and penakut kan..


Last2 aku surrender..aku nangis nak balik..
dia orang pun naik sama so kita orang pun berjalan pulang dengan hati yang hiba..
aku jer lah yang hiba..dia orang happy jer..huhu..


Kesimpulannya..
sampai sekarang lah aku tak pandai berenang..
asal nak praktis terapung jer mesti tenggelam..lepas tu lemas..lepas tu panik..hahaha..
selalu macam tu ok..apa jenis makhluk la aku ni..hehe..



Ok tu jerlah kenangan pahit dengan air dalam hidup aku..
pahit yang tak berapa nak pahit pun sebenarnya..hiksss..
dah besar ni jadi macam penawar pulak kan bila teringat boleh gelak sorang2..:))




5 comments:

misya said...

dik,kak sya pun tak pandai berenang

CaDLyNN said...

pandai berenang katak je..
huhu..berabad nk smpi..

Hida Kadiso said...

kak eda cuma tau apungkan badan aje.. bile nak berenang jadi tenggelam..

bile ingat balik time kecik2 bekubang memang klakar.. =D

Afzainizam said...

yuppp ramai yang tak leh berenang... first kena buat adalah aopungkan badan... yang poenting dalam air jangan panic tu ajerrr

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
diy wheel bearing kereta

Zehan Ilyana said...

dulu masa belajar berenang memang selalu gak la tenggelam..skrg boleh la juga berenang walau xpandai sgt..huhu..
xcukup stamina..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...