07 February 2012

Cantiknya Rozita Berniqab

Assalamua'laikum..



Gembira. Terharu. Bangga. Cemburu.



Itu ekspresi hati saat aku melihat dia..seorang wanita yang miliki segalanya..harta..keluarga bahagia..kecantikan dan peribadi solehah..






Rozita Ibrahim,jutawan kosmetik,pengasas produk Sendayu Tinggi berpurdah..
Cantik.
*Kenapa aku boleh tak tahu ya pasal ni?huhuh..nampak sangat tak baca paper..*



Hati berkata..
indahnya..seronoknya kalau dapat pakai juga..siapa yang halang tak kasi pakai macam ni?hati sendiri juga..belum cukup kuat..sekadar keinginan yang tinggi tapi belum tahu kemampuan untuk menghadapi ujian hari depan di tahap mana?kenapa?



Aku teringat masa belajar dulu ada seorang kakak tu student TESL..dia berniqab dan awalnya memang dia tidak berniqab tapi memakai tudung labuh..mulai saat dia berniqab ramai yang perhatikannya..segala tingkah lakunya sehingga jadi perbualan ramai..mereka kata..buat apa berniqab muka tak ada lawa mana..lepas tu masih berbual dengan lelaki..err salahkah?bukan berdua-duaan atau berpegangan tangan pun!mereka kata berniqab untuk yang berwajah cantik sahaja untuk mengelakkan fitnah..dan mereka kata mereka tak perlu berniqab sebab mereka tidak cantik mana sehingga digilai ramai lelaki dan berniqab bukanlah wajib..dan jujurnya..aku pernah termasuk golongan 'mereka' itu..jahilkan aku?:( semoga kakak itu masih istiqamah dengan niqabnya sehingga hari ini..sungguh..namanya pun aku tidak tahu..



Dan di akhir-akhir ini..hati seakan terpanggil untuk berniqab..tapi aku tahu aku tidak seteguh itu..banyak yang perlu aku perbetulkan dahulu..berubah secara drastik boleh buat sakit jantung juga ya pada orang sekeliling?walaupun berubah ke arah yang lebih baik?hihi..ustaz kata perkara baik tidak perlu dilengah-lengah kan sebab mati tu tidak menunggu kita insaf atau berubah..huhu..



Takut dan dilema dalam jiwa anak muda bernama 'aku'.



Doakan aku supaya dipermudahkan jalan menuju kebaikan ini ya..bukan mahu berniqab lagi..sekurang-kurangnya..melupakan jeans dan baju telanjang!!!mohon doa nya..aamin~





sumber gambar  :
http://keluargakusayang.blogspot.com/2010/02/jutawan-sendayu-tinggi-gambar-terkini.html
http://keluargakusayang.blogspot.com/2011/05/niqab-untuk-mendidik-jiwa-rozita.html
http://keluargakusayang.blogspot.com/2010/09/purdah-jutawan-kosmetik.html

3 comments:

Ujie said...

eh, akak pun taktau citer dia ni.
apa pun, alhamdulillah! harta dah mendekatkan dirinya dgn Allah.

*akak pun sdg berjuang sikit demi sikit utk berpakaian patuh syariah. sama2 kita cari redha Allah!

faizfakhirin said...

ada pepatah mengatakan, kalau kita nk berubah kepada sesuatu perkara yg besar, "Change your Friends".

zailamohamad said...

insya Allah dik..

saing akak ada sorang yang dah pakai purdah balik dr umrah..begitulah orang yang mendapat hidayah dari Allah..kalu kira sebelum ni dia sama mace akak, seluar jeans baju kecik2..betapa cepatnya perubahan dia sampaikan akak tertanya2 mana datang semangat yang kuat untuk terus berhijab..


sama2 kita doakan moga kita juga bisa menjadi seperti mereka..insya Allah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...