02 February 2012

Mee Cambo │ Anda Mesti Cuba!

Assalamua'laikum..



Dah macam iklan berbayar bunyi tajuknya..ha ha..sabor je lah..nak promote kat kau orang la ni makanan-makanan Kelantan..nak bagi kau orang jakun..kah kah..





Mee Cambo ni ia tak sama dengan mee celup walaupun nampak seakan-akan sama sebab menggunakan elemen mee kuning, kueteow, bihun dan juga pak thai..tahu mee pak thai?yang macam kueteow tapi kecik2 tu lah mee nya..



Yang tak samanya..lauk2 dan kuahnya lah..mee cambo ni kuah dia lebih manis dan lauk2 nya lebih banyak sebab ada lauk pauk macam yong tau fu tu..banyakkk!dan juga harganya mahal sedikit lah dari mee celup..yang aku makan ni harganya RM5..sedap dan sangat berbaloi dengan harga..






Kedai yang aku makan ni baru je bukak 2, 3 bulan ni kot..sebab tak pernah nampak sebelum ni..belakang PKT Wakaf Bharu..tepi jalan besar..kalau tak, nak makan mee cambo jauh ke Pengkalan kubor nu haa..ini dah dekat mahu lari bajet bulanan..ekeke..



Jemput cuba ya kalau visit sini..pergi pasar malam jap lagi..harus rembat lagi sekali ni..hiksss..



12 comments:

Ujie said...

pernah mkn beberapa kali masa ke KB. kt kedai dekat2 Azam Hotel tu. okeyla, sedap jugak.

Pok Amai-Amai said...

Sdpnya! Mst mi nie tak pedas kan? Ade mkn dgn cili api tak?

FAIZ FAKHIRIN said...

ingat ko mek hok masok sdiri...owk alohs.s...

Izan Ishak said...

alaaa... yna ni kan buat kak izan laparlah ptg2 ni. cam best je mee cambo tu. mmg tak pernah dengar apatah lagi makan...

Acik Erna said...

assalam yana..acik insyaallah akan kesana cuti sekolah bulan mac nanti.dah teringin nak makan kuih bunga tanjung,,betul ke namanya tu..rasa sedap walau pun manis sikit.

Teenager Housemaid said...

ok sememangnya baru first time dengar nama makanan ni..teehee~

SSfatihah said...

hey...biler nk masak sdiri neh...asyik beli je.nk merasa gak air tgn u..ha3...

Cik Lia Lomi said...

wah, tak pernah makanlah, nampak macam mee sup..heeee,

~izan~ said...

first time akak dgr nama mee nie..dgn cara awak citer tu dik,kemain sedap rasanya hehe..pjg kaki,ada rezeki bley try...

Mr.Clive said...

mmm....shodapnyerrr

CekbOlat-bOlat said...

mcm mee sup ? err ehehe

Niza Romli said...

terlioq dah..akk cukup suka dengan makanan yang berkuah/sup2 ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...