Assalamua'laikum..
Mood pagi ni marah sediah bercampur baur sebab kejadian yang tak disangka-sangka semalam..kes kena ragut..tapi bukan aku..Wani 2 pupu aku tu..yang tunang hari tu..ceritanya macam ni..
Petang semalam Wani ajak kakak keluar pergi pekan nak cari barang2 jahitan..lepas tu masa balik diaorang singgah beli nasi dekat 1 gerai ni..masa tu Wani dah perasan sorang lelaki dengan motor ex5 warna merah dok sebalik van..tapi masa tu tak adalah syak apa2 tengah2 pekan memang orang ramai..
Dah balik hantar kakak aku, rupanya lelaki tu ikut diorang sampai ke rumah kami..masa tu pun tak perasan lagi sebab lelaki tu macam buat2 cari rumah and kakak aku ingat kawan anak jiran aku sebab dia stop kat situ..kakak aku sempat la tengok dia body kasar2 pakai baju biru and muka cerah la jugak..
Lepas tu wani stret away nak balik rumah dia..Wani ikut jalan shorcut ikut parit jalan yang biasa dia lalu..tiba2 si lelaki tu tadi muncul dari belakang entah dari mana dia ikut Wani tak perasan pun..dia tumbuk belakang wani 2 kali..nak nangis aku masa kakak aku cerita(dia sms kakak aku)..bayangkanlah kudrat orang lelaki macamana..
Dia himpit2 Wani dengan motor tu and cuba nak tarik handbag dalam raga motor..sebenarnya handbag tu dah tersusup rapi dah bawah barang2 lain mungkin sebab dia dah perhatikan lama so dia tahu mana letak handbag tu..dapat handbag tu cuba pulak nak ambik nasi yang wani beli dekat mek dengan ayah dia..keji gila..tapi wani tarik juga nasi tu dia cakap nak juga nasi tu nak bagi mek dengan ayah..aduuu tak dapat bayangkan keadaan dia masa tu..sedihnya..
Then wani lawan la jugak wani tendang2 motor dia tapi tak ada kesan pun..dahler lelaki tu badan kasar..eeee aku rasa nak bunuh jer dia!!!kan dia pakai helmet sekali dengan visor tu so tak jelas muka..so bila wani dok tendang2 tu dia buka visor dia and warning wani 'jaga kau!!' siap dengan jari telunjuk bangang dia tu..gila..dia buat orang dia nak warning pulak..
Lepastu wani tak melawan dah..takut jugak dia..lelaki tu blah..and dia sempat ambik plat number DBP 158..terus wani pergi minta tolong budak2 lelaki yang lepak kat jambatan kat kampung dia kejar lelaki tu..masa tempat kejadian tu tak ada orang sunyi and kawasan bersemak..tapi tak dapat kejar..
Balik terus dia pergi balai polis dengan jiran dia..sampai tengah malam semalam baru settle polis siap pergi tangkap gambar dekat tempat kejadian..polis kata suspect mungkin yang duduk dekat Kutan..polis kan dia tahu lah ikut kes2 yang dah berlaku n cerita yang mangsa cerita..
Apa yang hilangnya duit cash yang dia kumpul2 hasil jahitan dia minggu lepas ada dalam 300..untuk beli sikit2 barang2 kahwinnya katanya..yang kakak aku bagi upah 75 ringgit..handset 2 biji..jam dinding baru je beli pun ambik jugak..pelahap gila..eeeee babbbbbbiiii betul lah!nak sepak2 jer muka dia tu kalau dapat..
Apa yang hilang tu mungkin bukan rezeki Wani..dah tertulis itu takdir dia..tapi harapnya lelaki tak guna tu dapat balasan setimpal dengan perbuatan dia..setakat kena tangkap, penjara 2,3 bulan aku rasa tak worth lah..pancung sampai mati jer..eh tak tak..belasah sampai dia mati..bagi dia terseksa..urghhhhh..geram!
Kesian Wani..dah ler mak dia tiba2 sakit ..dia pulak jadi macam ni..ini ke dugaan orang bertunang katanya?diberi kemanisan diberi pula ujian?hanya Allah maha tahu..semoga wani cekal hadapi ujian2 ni..
note : kawan kakak aku check no. plat tu katanya motor apa entah pemilik seorang makcik rasanya dekat area bachok..dahh..nampak sangat motor pun curi kot..number plate lain digunanya..sial!
note2 : berhati2 ya semua..nak2 rider lah..tapi walau apa pun semua dah Allah takdir..kalau sling hanbag dekat badan and pakai jacket pun kalau dia dah nak and dah perhati kita dia tarik jugak handbag tu..macam sepupu aku jugak pernh kena sampai terseret di jalan..kesian sangat!
apa pun peragut..kau memang sial !!!!!!!!!!!!!!!!!
maaflah..aku tak dapat kawal apa yang aku fikir..huhuh..
Catatan Hari Terakhir Trip ke Kuching
6 hours ago
11 comments:
please peragut tu...bertaubatla..
lin doakan peragut tu mati kene lenyek lori..huhu..
dia guna no palsu tu..standard org mcuri takkan letak plat no dia sndiri..bertabahlah wani...mmg sakit hati dgn org camtu tapi syukur dia tak diapa2kan..mudah2an diberi ptunjuk pada peragut...klu kita tak balas insyaallah Allah balas
peragut ni mau bakar hidup2 jer...
lepas ni jangan jalan sorang2 tau...Cik Ngah pun selalu kalau gi mana2 nak ada teman sekarang,at least boleh mintak tolong....
p/s : balik lipis je,bagi henpon baru kat abah...heeee...
akak mmg naik darah kalau sebut psl peragut, sbb penah kena masa kerja kat JB dulu.
tergolek-golek akak kat j/raya yg sibuk tu..cuma ajal blm sampai sume keta sempat elak dari langgar akak.
sampai skrg trauma nak pakai handbeg tau.
wehh !kejamnyee peragutt tuhh.. aku pon ase nak join mncarut sekali ah cam ni.. kehkehkeh..
eh.. kisah kak ujie ni pon buat aku troma.. arghhh ..
SEMOGA KAWAN TABAH MENGHADAPI SEGALA UJIAN DR ALLAH.
suke nama blog ni "Becoz I am Kelantanese" hehe...sempoi giler...hoho
eiiii geramnyer dekat peragut
eemmm benda nak jadi mmg tak disangka-sangka.. kena waspada selalu... sekarang ni ramai yang terdesak
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
diy wheel bearing kereta
sis,berhati2 dilain masa..pandang kiri pandang kanan.
slmt pagi..marah ke???
Post a Comment