29 February 2012

Bayar Hutang Jawab 11 Soal 11

Assalamua'laikum..



Terima kasih untuk CikFi yang dah sudi mengetag daku untuk jawab soalan2 peribadi ala2 artis dah rasanya..wakaka..temkiyup ya..;)



Mula2 kena post rules ni eyh?betul kan Cikfi kan2?hehe..susah saya nak copy gambar di blog awak..tsssskk..



Tentang Diri Ku..ermm..banyak mana ni..11 gak ker?tak stated pun?heee..

::anak bongsu dari 6 beradik

::asal dan menetap di Kelantan..tapi mak abah aku pernah menetap di Kuala Lipis..motifff?kampung Siti Nurhaliza..ahaks!

::suka menyanyi dan pernah masuk pertandingan bintang kecil peringkat sekolah masa sekolah rendah dan semestinya aku kalah..:(

::cita2 nak jadi pelakon tapi dapat tentangan yang hebat dari mak bonda tercinta..tak mampu nak menderhaka..pelakon solehah..ahha

::suka buli kakak aku..takla jahat sangat..;)

::tak suka makan ubat time sakit kecuali sakit yang sangat sakit..lol

::malas mandi tapi kalau dah jumpa bilik air sila tunggu 1/2 jam lg baru saya keluar..hiksss

::tidur time stress..i mean lepas maghrib tidur sekejap then bangun dalam jam 9 or 10..macam tu lah sokmo time emosi terganggu..huihui..

::pendengar yang setia..sebab tu kawan2 aku suka citer masalah dekat aku..lepas tu aku pulak yang bermasalah dok pikir masalah diaorang..hahah

::apo lagi?cukuplah eyh..banyak yang buruks jerhh..hahah..teruk..teruk..
_________________________________________________

Ok ni soalan tag dari CikFi..
1.) Panggilan manje anda kat rumah?
tak ada panggilan manja sebab kat rumah semua garang2..ekeke..

2.)  Kereta idaman anda beserta alasan ?
belum ada kereta..kesiannn..tapi idaman saya Vios /honda civic jer..tapi rasanya mampu beli viva jer kot..keh2..

3.) Siapa paling garang dalam semua adik beradik anda?
Semua garang2 kecuali saya..hakss..

5.) Kalau anda ada Rm1.00 apa anda akan buat melainkan simpan?
sedekah..baik tak?;)

6.) Apa pesanan yang anda ingat dari ustaz/ustazah masa sekolah?
alamak..tak ingat 1 apa pun ni puas dah refresh..huhuh..tapi rasanya ustazah pesan buat baik pada ibu bapa..itu paling ingat..

7.) Tahun kelahiran anda?
tahun webbit..:p..1987..ok macam sudah tua jer..macam??:p

8.) Pengalaman yang paling menarik, cerita sikit ?
masuk U!:)..aku dok KL masa dapat offer letter tu..dok pasar malam ma call..nangis sedu2 kat pasar malam..hahah..tak penah dibuat orang..:p

9.) Kenapa anda berblogging ?
nak tulis apa yang tak mampu bibir meluah..:)

10.) Idola anda?
Dr.Muhaya :)..nak jadi macam dia ya..boleh ke ni?huhu

11.) Apa pendapat anda tentang blog Cikfi?
Blog yang simple and senang nak baca..tak serabut..nice..:)


Ni pulak soalan yang aku susah payah mengerah otak mencari idea ni..
1 . Apa maksud nama blog kamu?
2. Paling suka makan apa?
3. Paling teror masak apa?
4. Mandi berapa kali sehari?
5.Suka makan aiskrim tak?aiskrim fevret?
6. Kalau stress biasa buat macamana?
7. pernah accident tak?kongsi cerita..
8. brapa kali putus cinta?hik hik..
9. dah daftar pemilih?rasa2 pilihanraya kali ni macamana situasinya?
10. destinasi impian nak pergi ke mana?
11. Apa pendapat kau orang tentang pemilik blog prettywite ni?


Wallaa...susahnya nak cari soalan..2,3 hari dah aku dok pikir nak buat tag ni..susahnya nak jawab2 n create questions..baru rasa susahnya cikgu nak buat soalan exam dulu..hehe..ok..aku nak kena tag 11 orang..siapa ya?hurmm....anda2 yang kena tag ni tak kisahlah nak jawab macamana ya..jawab tag aku pun dah cukup tak payah tag balik n post rules..hehe..


Ok yang jadi mangsaku kali ni....

1) K.Ujie
2) K.Izwa
3) K.Niza
4) Lin
5) Cik Lia
6) K.Izan
7) Cik Teddy
8) K.Aishah
9) Cik Ngah
10) K.Hezrina
11) K.Ida


Buat ya kau orang jangan tak buat..hihihi..takderlah..ada masa nak buat bolehlah buat ya..thank you so much..sayang sebesar gunung!:x

Peliknya Number 011

Assalamua'laikum..



Tadi dapat 1 call dari number 011 157*****(3+8=11digit numbers)..lepas tu macam pelik jer and taknak jawab sebab ingatkan siapalah call nak sabotaj ke kan..
Tapi last2 jawab jugak..


"Hello boleh bercakap dengan Cik ...Yana..saya dari lembaga lebuhraya malaysia"


Hek elehhh..terus mengamuk dekat minah tu..kawan aku pun sebenarnya..pakai number baru..oohh..no. celcom katanya..laaa..apesal pelik sangat no. nya..?panjang lak tuh..


Then aku google2 hak aa laa..memang no. celcom..dari 2010 lagi launch 011 ni kenapa lah aku jumud sangat tak tahu?hihih..tapi seriusly..itu nombor memang truly pelik haaa..i tak boleh terima..hak hak hak..

27 February 2012

Budu & Masak lemak │ Kami Berbeza Tapi Bahagia Jer

Assalamua'laikum..



Saya orang Negeri 9 dan suami pula orang Kelantan..setiap kali makan suami mesti nak budu dan saya pula gemar masak lemak..


Walaupun dah 7 tahun kahwin, saya masih tak boleh nak terima makan budu dan suami pun tak makan masak lemak..


Tapi selama 7 tahun ini jugalah...walaupun kegemaran kami berbeza alhamdulillah kami bahagia jer sampai ke hari ini..


________________________________________________


How sweet oh?hehe..nyway bukan ceritaku ya..dipetik dari penghantar sms di thr gegar tadi..:)


Ada gak macam ni eyh?salute ah..tetap dengan pendirian masing2..hehe..kalau abang2 ipar aku..budu dah diorang pulak yang terlebih fanatik..buat kuah..:))..tak patut lah bagi orang Kelate..masin kot..hahaha..


Best kalau orang tak suka apa yang kita suka pun..tak berebut nak makan..hahaa


Tanya Pendapat Orang Tapi Pendapat Dia Gak Yang Betul..Hampeh!

Assalamua'laikum..



Aku sangat menyampah bila kita tengah buat kerja dan tiba2 orang panggil..nak panggil tu tak kisah sebenarnya..tapi yang kisahnya sebab dia nak mintak pendapat untuk kerja dia..


Ok itu pun tak kisah..kita bagilah pendapat begitu..begini..dan kita pun pergi buat kerja kita balik..tak lama lepas tu dia panggil kita balik tengok hasil kerja dia..


Eh..?tak ada lansung pun idea kita tadi dimasukkan?katanya tak sesuai idea2 tadi tu..huh?dah tu tanya buat apa..makin pelik ada lah aku tengok apa yang dia buat tu..hak3..uish tak baik..


Sebenarnya aku tak kisah pun..tapi aku rasa macam dia nak tunjuk bagus jer apa yang dia buat tu..tanya orang tu orang ni last2 guna apa yang ada dalam kepala hotak dia jugak..so what then?tak payah susahkan orang bagi pendapat pun tak per kot...;)

26 February 2012

Jangan Tersalah Pilih

Assalamua'laikum..





Penggemar ice cream tegar macam aku ni lebih rela memilih untuk makan ice cream time lunch than makan nasik bila mengidam sangat2..bukan murah cornetto royale ni eyh..RM2.80..huhu


Ku sangka yang dalamnya tu stoberi macam yang aku beli sebelum ni..tapi hampas lorh..filling coklat gak yang mengalir..ouchhh..sangat manissssss!!so natijahnya..pembaziran..uhuks..masuk dustbin lor..caner boleh salah beli ni...hurmm..


mood: lapar!!hahah



oh ya..sikit eyh..ahaha..nak jugak selingan..sama jugak macam nak pilih calon hidup yang sesuai ya..kena pilih betul2..jangan nampak luaran dah macam ok so pakai grab je lah..bila dah dapat baru tahu..dia bukan yang ku mahu..hehe..


Adehh..ada kawan aku nak soh aku berkenalan dengan kawan dia punya kawan pulak..hello??siapa tuuu?huhu..kawan aku pun tak kenal laki tu siapa nak suruh aku kenal..so daripada aku mengecewakan orang satu hari nanti or lebih dahsyat aku dikecewakan lebih baik say 'sorry saya tak nak kenal'..hew2..


Macam ni lah kalau dah solo kan..kejap orang tu usha..kejap orang ni tanya..aishh..bukan happy dah macam ni..takut lagi ada lah..asyik tolakkkk jer..kang tak pasal2 ada yang mengata aku memilih lah apa lah..sedap jer cakap sebab tak dok tempat kita kan..


Ada yang marah2 habis kau nak yang macamana lagiiiii??ehhhh..mana boleh paksa soal hati ni..selagi hati aku belum terbukak balik so tak payah lah hulur orang tu hulur orang ni..belum tentu lagi laki tu betul2 suka dekat aku pun..ishh..fobia cintaaaa(nyanyi lagu nashrin..)ahahaha..


Dulu masa aku putus..lepas 2,3 bulan dah couple dengan orang lain..orang mengata jugak cakap..cepat bertukar ganti pakwe..suka kan judge2 orang..dah masa tu hati aku berkenan dengan orang wtf jugak padahalnya..but now(tertutup sudah pintu..pintu hatiku..agnes monica)kah kah..


Aku pun sentiasa berdoa dicepatkan jodoh dengan lelaki yang baik untuk aku, hidup aku dan agama aku..solat hajat..istikaharah semua k..cuma (ok alasan lagi..heeee) seruuu belum sampai kot..atau pun ada lah tanggung jawab aku yang belum setel kan..


Atau pun..atau pun..atau pun..ahahah..sawan dah ni..aku tulis sini bukan orang yang buat aku stress tu baca pun..aku sendiri jer nak baca..at least loss gak la beban kepala hotak aku ni sikit..kannn?


Kadang2 terfikir..siapalah bakal suami aku nanti kan?macam tak percaya kalau aku dah kahwin..keh keh..hello bakal suami..cepat2lah muncul nak tutup mulut berapi dia..dia dan dia ini..hewww...


Ok enough meraban..kang ada yang protes sebab tulis entah haper2..ya lah2..saya tahu blog saya ni awak yang punya sebab tu lah saya tak boleh tulis apa yang saya rasa kan?ahaha..

Handsomenya Perempuan Tu!

Assalamua'laikum..



Pernah tak kau orang (orang perempuan ya) dikatakan handsome oleh seorang perempuan yang lain??pernah kah?


Aku satu hari pada 5 tahun yang lalu pernah kena macam tu ok..
Dok hostel biasa lah kan..
masa tu pulak rambut potong pendek..
tapi tak adalah pendek mana..standard gugurl jer..huhu


Tiba2 masa aku keluar bilik nak pergi laundry,
ada 2 orang jiran2 hostel aku tengok aku..
pastu diorang sengih2 kat aku cakap handsomenyaaaa..hahaha..seriau aku dengar..
bila bagitahu kawan2 aku diaorang boleh gelak lepastu tukar nama aku..


Tahu diaorang panggil apa?





Abang Yana!!rasa nak pelangkung jer sorang2..muka abang ke macam ni?memang tak lah kan?hehehe..

23 February 2012

Macamana Nak Jadi Sukarelawan?

Assalamua'laikum..




Tadi aku google2 tempat untuk join badan amal dekat Kelantan ni..tak jumpa banyak pun ada http://www.iam.org.my ni jer..bolehlah..aku register..tapi macamana kita nak tahu aktiviti and nak join aktiviti tu nanti eyh?


Adess..excitednya aku ni..tabiat aku makin pelikla i think..hehe..takper tabiat baik kan..nak tolong orang..boring lah time hari minggu tak buat apa..keluar tengok dunia orang yang lebih susah dari kita bukak jugak mata hati ni..


Ada saper2 jadi sukarelawan tak?i still tak paham caner nak aktif nih..huhuh..ke nanti diorang kontek kita..heeeee..:risao:


Kahwin Dengan Ustaz?

Assalamua'laikum..



Nak cerita sikit pasal aku ni..huhu..haritu ada saudara belah ma tanya nak carikan calon isteri untuk sepupu beliau..seorang ustaz..lepasan pondok agama..


Tanpa disangka-sangka kan..ma tanya anak bongsu dia ni nak tak dijodohkan dengan ustaz tu?gulppppp!aku punya terkejut dah tahap apa dah..nak nangis pun ya..bukan terharu sebab dah nak kahwin ok tapi sebab tak nak!huhu..


Ma cakap kenapa pulak tak nak..baguslah tu ustaz..beriman..itulah yang kita nak..alohla..lomah lutut eh..nak kata macamana ya..belum sampai jodoh la kan..memanglah lelaki tu beragama tapi haihhhhh..takmo lah macam tu..tak layak rasanya kita ni..


Tapi ma cakap tak apa lah boleh dia bimbing apa2 yang kurang..hohoho..nehi nehi..biarlah kalau boleh yang seimbang dunia akhirat..i know who am i..biarlah lelaki tu bekerja macam orang biasa tapi tahu pasal agama..faham tak?taknak la yang tahu agama jer semata2..tak kisahla orang nak kata memilih ke apa..entah hati tak rasa nak..


Aku pun tak rasa terdesak nak kahwin lagi..sebenarnya kita tak rasa nak kan so kata lah tak rasa nak kahwin lagi..cuba kalau dah suka?dan dan kata 'im getting married kan....hahaha..


Tu jerlah nak cakap..kongsi2 apa dalam hati aku..bukan tak nak lelaki beriman..tapi tak semestinya lelaki pakai kemeja tu tak kuat agamanya..and tak semstinya pakai jubah tu 100% boleh bimbing kita kan..:)

Adik Faris Telah Pergi Buat Selamanya

Assalamua'laikum..




"Salam Mazidul, Faris telah pergi buat selama-lamanya. Mohon maklumkan kepada semua, wang sumbangan telah mencukupi untuk menjelaskan bil hospital'
dipetik dari blog http://www.mazidulakmal.com/


Ya Allah..terkedu..sesungguhnya Allah lebih menyayanginya..


Air mata itu sudah cukup menceritakan betapa deritanya arwah menanggung sakit di usia 6 tahun..:(
berbahagialah kamu di syurga sayang..

Tersiat Hati

Assalamua'laikum..



Masa tengah sapu2 debu sampah dekat kaki lima ofis tadi terpandang sesuatu kat parking..tengok2..arghhh!anak kucing dah pecah kepala!!


Tsskk...kesian nya anak kucing tu..siapa yang langgar tu..letak la kat tepi2..kesian sgt2..aku terus lari naik atas jer tak tahan sebak tengok anak kucing tu..sengal sangat sepatutnya aku tolong alihkan ia..huhu terkejut ok terus lari..


Kesian..itu baru tengok anak kucing mati..anak orang??tak tidur malam lah agaknya..manusia zalimnyaaaa!

22 February 2012

Jeput Malas & Laksam Kelantan

Assalamua'laikum..




Laksam tu feveret forever daku..laksa Kelantan aku tak berapa suka..aku prefer laksa Penang..ohhh..dapnyerr..hehe..


Jeput malas yang enak dimakan dan berkhasiat..hehe..kau orang panggil apa ya..kenapa aku boleh lupa ni..aduhh..minum air semut banyak sangat kot..hoho..


Nyam..nyam..nyam..B-)

Adik Faris │ Tak Dapat Nak Tahan Air Mata Ni

Assalamua'laikum..



Tak tahu nak mulakan macamana..sebak tak terkata bila baca entry dari blog K.Moon tadi
tak sanggup tengok anak2 kecik menahan kesakitan..urghh..just imagine my family my anak buah lah macam tu..huk huk..



Kau orang..tengok gambar ni..

apa bermain di kepala kau orang?


He's only 6 yrs old and suffering barah darah..sedih...tak boleh nak pikir..air mata jer yang laju ni..


Maybank milik ayah Faris 1628-5200-2738
(Shamrulismawi Ismail).



they need about 30k lagi untuk membiayai kos perubatan adik faris ni..Sama2 lah kita sebar2kannya untuk sama membantu meringankan beban..



Baca lanjut kat sini ya..http://miera301.blogspot.com/2012/02/mari-membantu-adik-faris.html

Nyanyuk Bukan Bermakna Tua

Assalamua'laikum..



Boleh pulak aku terlupa birthday kawan baik aku kan..sepatutnya aku lah jadi orang yang pertama wish dekat kawan2 and sanggup tunggu pukul 12 nak wish semata-mata..tapi la ni tak tahulah apa dah jadi dengan aku..simpton orang dah berumur kah macam ni?hahah



Happy Ulangtahun Ke 25 Siti Nur Hidayah..birthday beliau 21/01 yang lepas lagi baru sekarang aku nak ingat..heee..dah sms dia semalam..Siti reply 'Thanks Na..biar pun lambat mu tetap ingat birthday aku..cayang mu..' hikss..

Aku n Siti konvo 2009..ni zaman gila mengedit ni..hehe



Lepas tu wish pulak birthday Nur Shamimi..baru ingat birthday dia bulan February tapi betul2 tak boleh ingat tarikh dia..last2 ah wish jerlah kot lambat lagi ker..rupanya 16hb lepas lagi..heheeee..aku sms Mimi dia reply 'aku malas baik sebab mu tak ingat kat aku'..hahahah..jenuh nak mujuk ni..


Mimi punya kerja edit..gambar zaman u dulu gak ni..riinnduuu..


Hurmm...aku nak bg present apa kat diorang ni ya..dasar ketinggalan kereta api kan..hehe..kesian kawan2 aku..:p



Oh happy belated birthday juga buat K.Yus yang sambut ulangtahun kelahiran semalam..pun baru wish tadi..heeehee..



Dah Kahwin Buatlah Cara Dah Kahwin

Assalamua'laikum..



Biasa lepas balik kerja aku tak layan pun handset..tersadai jerlah dalam handbag kat bilik..dah lepas maghrib karang baru aku usha tengok kot ada apa2..



Tiba2  malam kelmarin belek fon maxis..tengok number yang dikenali 4 tahun dulu 'missed call'..




Kenapa????


Biarlah masa yang menjawabnya..bulan lepas dia ada call aku tak jawab..ni pun call lagi tapi aku tak dengar..nak bantuan agaknya ya..


Hai lah manusia...

21 February 2012

Kelantan Negeri Paling Miskin?

Assalamua'laikum..


Sultan Ismail Petra Airport

Lunch semalam aku keluar pergi airport hantar sepupu aku nak buat operation kaki dia kat KL..so tak ada entry pun semalam..malas dan tak ada idea sebenarnya tapi tiba2 teringat isu 3,4 hari sudah ni..Kelantan negeri paling miskin kat Malaysia?hurmm..betul ke?..malunya jadi negeri miskin..:(



Kelantan Trade Centre

Lepas jer keluar berita kat tv3 malam tu, hangin semua rakyat Klate..hahah..aku tak tahu lah kot ada yang tak makan hati dengar orang kutuk negeri kau..tak kisahlah PM ke siapa..bila dah hina negeri yang jadi tempat kita berpayung terasa maruah tercalar jugak la..



Tesco Lembah Sireh

Kalau takat nak bagitahu Kelantan negeri miskin takper la jugak..kita pun tahu kita tak semaju Sabah..tapi tak payahlah perli 'negeri mana paling miskin...?Kelantan.....' huk aloh!



KB Mall

Paling miskin ya?kalau ikutkan tu macam terbayang orang Kelantan ni duduk bawah tempurung jer semua..makan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang..pergi sekolah mengharung lumpur dan selut..kerja buruh jer..tak ada apa2 kat Kelantan ni..



Kota Bharu Trade Centre

Siapa2 yang tak pernah datang Kelantan jangan nak lancar lah bercakap, mengutuk Kelantan ni negeri paling miskin kat Malaysia..setakat dok dengar berita kat tv and baca kat paper tu jangan membodohkan diri sendiri boleh tak?datang sendiri..tengok..lepas tu baru lah boleh kau orang nak kutuk Kelantan macamana pun..



Bus Station Kota Bharu

Aku pernah belajar di Terengganu selama 3 tahun..best dok Tganu..cuma kalau nak compare dengan Kelantan..rasanya lagi pesat pembangunan kat Kelantan..tengok bas awam pun dah tahu..kita pakai bas cityliner ..naik bayar n tiket keluar ikut mesin..Tganu naik duduk n nanti konduktor datang kutip duit n bg tiket manually..cuma ya lah stesen kami tak besar macam KT..



Billion

Tak payahlah bandingkan Kelantan dengan KL memang jauh langit dengan bumi..Terengganu pun takleh compare dengan KL..kenapa aku kata Tganu jer?sebab Terengganu jiran terdekat..Tganu tak miskin..kerajaan dia kaya..negeri dia kaya hasil minyak..tapi kemajuannya biasa2 saja..orang2 Besut, Setiu, KT time nak raya pun turun KB juga shopping..



Pintu Gerbang Kota Sultan Ismail

Dahla..aku cakap yang aku tahu dan aku nampak jer..benci bila orang asyik kutuk negeri kita..kalau nak kata Kuala Krai, Gua Musang tak ada kemajuan..rakyat miskin..and nak tanya..anda pasti ke dengan kemajuan yang ada rakyat tak hidup melarat???



Tune Hotel Kota Bharu

Bukan salah nak kata Kelantan negeri miskin..mungkin ya..mungkin juga tak..tapi caranya tu tak kena lah..nampak sangat agenda politik..hidup di kampung tak semestinya miskin..hidup di bandar maju kalau sekeliling penuh hutang pun buat apa?



Bazar Tok Guru

Biarlah hidup sederhana janji tak bongkak dan sombong..yang pasti aku bahagia dan bangga jadi rakyat Kelantan..tok cayo acu tera maghi dok la di Klate ni nak tahu staro mano misking nyo negeri ambo..:x



Masjid Muhammadi

Sekurang-kurangnya kemiskinan Kelantan ni..kami tak ada club malam,disko..kami tak ada tempat judi besar-besaran..kami tak ada panggung wayang..miskin pada mata manusia yang materialistik jer..ok lah..





MB kami..Raja kami..negeri kau orang ada 'kaya' macam ni?;)


" There is nothing new in the world except the history you do not know"._Harry Truman (1884 ~ 1972 ; U.S President, 1945–1953) 


Ya, memang Kelantan 'paling miskin' :)

19 February 2012

Lelaki Itu

Assalamua'laikum..



Ehem..lelaki mana ni yana?bagitahu..bagitahu?ahah..nak bagitahu la ni..dengan kuasa kuda k sebab lagi 10 minutes nak balik..


Lelaki ni let say A as his name..tak faham kenapa kan lelaki ni ramaiiiiiiiiiiiiiiiiiiinya tak jujur!serius benci@entahlah hati ni macam makin lama makin tertutup..uhuk..


Ok back to si A ni..dia actually dah couple dengan gfren dia(B) selama 8 tahun ok..last year dia start stalk C, and within this year jugak plan nak kahwin dengan C..


Tiba2 one day..C realized yang B dok komen semacam jer dekat wall fb A..mula2 C biar jer..makin lama makin pelik..so C tanya A tapi A cakap B tu just friend jer..tak puas hati C inbox B sendiri thru fb..B tak bagitahu dia siapa2 tapi C bagitahu konon C tu gfren A la mungkin..


Lepas tu..C terus desak A bagitahu apa status between dia dngan B..baruuu lah A tu nak bagitahu dia dah 8 tahun kawan..hoh!kejam kan?kenapa mesti mainkan perasaan and hati orang?nampak macam baik tapi ya Allah..kau hanya bertopeng hokey..hissh..


Ok dahlah..bukan kisah pasal aku pun..cuma adalah kisah orang terdekat..just nak share and tumpang sakit hati..!benci sangat!kau dah ada gfren pegi jagalah gfren kau tak payah nak main pempuan lain lagi...stupid!

Awak Yang Comel!

Assalamua'laikum..



Terima kasih aku nak ucapkan pada semua blogger yang sudi komen di entry Jom Main..Siapa Boleh Translate Ni Dengan Tepat?? ya..kau orang memang awesome walaupun tak paham pun emel tu..heheh..tergelak2 aku baca komen2 kamu semua ok..sebenarnya itu bahasa terengganu dicampur bahasa sendiri..so memang agak pening..heee..


ini emel yang kawan aku sent tu..


Minta kau orang translate ada yang tak paham..ada yang translate tapi salah..hee..takper2..at least mencuba kan..so ni printscreen kan jawapan yang  menepati piawaian ya...






Tahniah yang..nanti roger2 thru emelku ya.. anadelights@gmail.com.



Oh..ada yang bagi tanslation sangat kiut ok?..rebos tu kau orang translate rebus lah..rebah lah..hehe..memang lah ikutkan rebah..tapi maksud sebenarnya adalah jatuh..pening kan?hehe..ngecum tu mercun..kalau kelantan panggil bedil ok..lagi haru nak translate kan?hahaha..



Thanks kau orang..sporting sangat!!!apa pun pemenang seorang jer k..bajet dah melarikan diri..:))..


Terima Kasih Semua!:x




Kelantan Menang dan Jujur Aku Dayus

Assalamua'laikum..



Kisah semalam..



Ok mula2 nya nak lantunkan perasaan gembira di dada prettywrite nih sebab Kelantan menang bola pusingan pertama piala FA semalam..hiksss..sonot..maaf ya..aku memang fanatik sikit dengan bola..keh keh..
Kelantan tewaskan Sarawak 2-1.


Tu laa Peter..awal2 tok mmasuk Farhan bakpo??dok lok negro tu guling bating atah pade tu..badey jah sasa..lembik padahal..doh2 la..Kelate tok perlu pemain2 import neh..hebak2 doh sek kito..haha..


Cerita gembira jugak pasal drama Jujur Aku Dayus semalam lah..ramai dok review citer tu ya..heee..jalan cerita yang mantap..pelakon yang best..ending terbaik..tak mengecewakan penonton macam aku yang selalu harapkan happy ending jer..hehe


Bagus betul cerita ni..sebab tak boleh nak expect lansung ok apa next?apa jadi nanti?tak boleh..salah yang kita duga tu..ingatkan aisyah pregnantkan anak ed..ingatkan dia kawin dengan ed dah..ingatkan betul juga anak haram..ingatkan lisa main curang masa ed g jepun..haha..semuanya ingatkan jerlah..sebab semuanya salah..


Best..puas hati..tak bazir masa 2 jam depan tv..ha ha..ambiklah 5 bintang untuk pena kreatif semalam..ho ho..
nanti semua drama boh Beto jadi hero pun takper..sure aku melekat jer depan tv..keh keh keh..suka dia..sempoi ala2 Shahezy Sam jugak..boleh dah nak ganti Rosyam Noor tu..;)

Jom Main..Siapa Boleh Translate Ni Dengan Tepat??

Assalamua'laikum..



Ingat nak main picture puzzle ke apa kan..tapi tak ada gambar best lah pulak..
so kali ni aku copy emel yang Sal emel kat aku semalam ni..
nak minta kau orang translate ke bahasa melayu baku..;)
boleh?





Dah 4 tahun tinggal zaman belajar pun tetap imbas yang sama jugak..heee..


Kalau ada antara kau orang translate dengan tepat..macam biasa..aku akan reward dengan something nanti k..


Seorang saja pemenang akan dipilih...kalau ramai translate betul..aku ambik yang paling pantas komen la ya..;)

good luck!:)

16 February 2012

Cool Blog?No..No..No..Tak Mungkin Lagi!

Assalamua'laikum..



Lepas temankan Mc Yu interview semalam aku ajak dia ke Tesco kejap sebab dah craving big apple sangat2..bukan main lama mengidam..


So belilah donut paling sedap abad millenium ni..hehe..beli 4 biji jer..RM10..


dah keras..ini aku snap masa nak sahur pagi tadi..baru ingat nak snap..kelas tak sahur big apple?hahaha..ngeng



Lepas tu Mc Yu ajak aku ke secret recipe dia nak treats aku sebab aku dah carikan kerja untuk dia..hah sengalnya..aku tolong cari jer..dapat tak dapat tu usaha dia and dengan izin Allah lah for sure..so orang nak bagi aku tak tolak..tapi dia kata one slice jer weyh..aku tak mampu nak beli sebutir!hahaha..






1 slice pun dah syukur la kan orang belanja..nak harap duit sendir haram..mahal sangat..
sekali sekala ok lah..aku pilih yogurt cheese rasanya nama kek tu..
masyaallah..sedap sangat lor..macam makan aiskrim..oh oh..
aku ambik yang tu sebab tengok tinggal 1 slice jer..pastu fikir mesti sedap kek tu sebab dah nak habis..
so..tak salah lah aku pilih kan?heeee..



Lalu tiba2 masa jalan keluar nampak pula cool blog..tak semena2 nak jugak jadinya..
ikutkan jer tekak ni sebab dah lama teringin tapi tak terbeli..
aku ambik yogurt yam namanya..




Ohhhh...ingatkan sedaplah...tapiiii...hampehh..tu jer boleh cakap..
rasa macam minum air pandan campur gula melaka?hehe..
apa teruk sangat rasanya?mana yogurtnya?haih..oh dan juga pekerja cool blog tu juga sungguh tidak manis..ke mereka tak ada sense senyum?hik hik..



budak hepi dapat kerja..hehe..



Lepas ni tak mungkin lagi lah kot beli cool blog ni..tak worth..:p tapi kalau orang lain beli aku terminum tu tak salah lah..hahaha..



Kakak Fasha Sandha

Assalamua'laikum..



Dulu masa kat udm(unisza) aku satu kolej(hostel) dengan fasha sandha kau orang tahu?
apa?tak percaya?hehehe..
betul ni...


Bilik aku ni sebelah bilik fasha sandha ni..so selalu lah dengar suara di yang lemak merdu tu kan..
mula2 macam tak percaya and rasa nak gelak pun ada fasha satu blok hostel dengan aku?
aku bagitahu kawan2 aku dia orang 50-50 nak percaya..
ya lah sebab dia orang belum dengar suara fasha tu..



Satu hari masa nak g cafe terserempak lah dengan fasha sandha dengan kawan2 dia and aku dengan kawan2 aku lah..
denar suara dia terus kawan2 aku sengih2 dekat aku..betullah fasha sandha kata dia orang..


Sampai satu part aku bengang dengan fasha ni..
masa tu aku nak pergi angkat kain dekat jemuran kat bawah..
so dia masa tu nak pergi kelas kot..
aku pakai tshirt, track suit dengan tuala jer..nak cepat..



Tiba2 dia tegur aku..
Eh..awak nak pergi mana ni pakai macam ni?
angkat kain..
takkan nak pakai macam ni?
aurat tu..pelajar2 lelaki nampak nanti macamana?
pergi tukar...
zassssssssss...panas jer muka aku..
memang dasar tak boleh ditegur kan?haha..



Bukan..bukan..bukan begitu..
aku geram lah bukan aku tak tutp aurat pun..
bukan jugak baju ketat..
masalahnya cuma aku sauk tuala tak pakai tudung..
tuala lagi tutup aurat apa..labuh dan tebal..:p
kerek lah dia dengan muka annoying dia sampai sekarang aku ingat..


Tahulah kak fasha pakai tudung labuh..
boleh tak tegur dengan lebih lembut sikit..
dahla tak pernah bertegur sapa walaupun berjiran..
tiba2 tegur aku tak tutup aurat sebab pakai tuala..
apakah?
ustaz azhar cakap kalau pakai baldi pun takper janji tutup aurat bukan tutup rambut jer..keh keh..


Nyway..
since haritu lagilah aku tak heran dengan dia..
dengar suara dia pun aku nak tutup telinga..hahaha..
dan dia bukanlah fasha sandha yang sebenar..
suara jer nak sama..
fizikalnya tidakk..tapi still lawa juga..:)

Lawak di Bangunan Tabung Haji

Assalamua'laikum..




Semalam aku half day so pukul 2 aku dah chow dari ofis..anak sepupu aku lah punya pasal..ajak aku temankan dia interview..so mintak la excuse dengan bos..nasib baik lepas..lega boleh merewang..heheh



Sampai2 sana..Mc Yu(anak sepupu aku tu) kata tingkat 9..so carik lah lif..dahler tak pernah panjat bangunan tabung haji KB tu..nampak sangat tak ada akaun lagi..keh keh..ok jumpa lif..tekan punat 9..sampai2 jer..kami macam ehhh?apakah?macam bangunan renovate jer semua..takkan ofis dekat tempat berlubang berhabuk ni kot?so Mc Yu kata eh ke tingkat 8 ah?try g 8 lah..haha..punyalah dia tak berani nak call ofis tu dulu kan..


So kami tunggu lif..dah terbukak..ada seorang pakcik dalam tu..pegawai la kot pakai hensem jer..kira pakcik la ya sebab dah tua..haha..so masuk dia tanya tingkat berapa dia tekankan aku cakap la 8..tiba2 lif terbukak aku dah tengok number 11 yang keluar..pakcik tu cakap 'haa dah ni'..laju2 aku keluar dengan Mc Yu..lepas tu cari2 ada surau dengan tandas jer dengan rupa ofis tak siap jugak..aku dah tak tahan gelak..gelak jerlah tak hengat..cakap dekat dia weyh...tadi aku dah tengok level 11 lah..kita nak g level 8..kenapa naik atas pulak?hahaha..dengan dia sekali bantai gelak..



Lepas tu baru dia call ofis tu..kakak tu bagitahu tu tingkat 11 awak dok ada surau dengan tandas..turun tingkat 8 lah..terus turun balik..macam orang mengong rasa..keluar lif jer dah nampak nama company..hak hak..




sini pun sama dok renovate sana sini gak..habuk merata..





Lama jugak dia interview..sampai mnguap2 aku..nasib baik ofis tu tempat kawan kakak aku Kak Dora kerja situ..borak sakan lah aku dengan dia..last2 kakak tu bagitahu dah dapat dah dia kerja..Mc Yu tu lah..fuhh..lega aku..syukur alhamdulillah..tak sia2 sesat barat..haha..



Note : baru tahu ada pejabat2 lain kat bangunan tabung haji tu..ingatkan semuanya ofis dia lah tinggi melangit..padahal ground floor jer tabung haji nya..hihihi..:D

15 February 2012

Rindu Boyfriend Saya

Assalamua'laikum..



lambatnya masa berlalu..dah lama tak jumpa dia..tak bual2 dengan dia..tak usik2 dia..tak mengata gigi dia..hik2..awak rongaklah..









sayalah boyfriend ciksu saya!:p


Oh Usaid..ciksu rindu awok setengah mati dah..cepatlah balikkk..rindu nok bbaloh..:))

14 February 2012

Ikan Singgang Kelantan

Assalamua'laikum..



Dah lama tak main masak2..dah lama tak memasak pun ya..ya lah orang dok dengan emak..balik2 kerja makanan dah siap..tunngu tadah tekak jer..hehe..syukur alhamdulillah..



Ini aku terbelek-belek folder ni ada gambar singgang ikan yang buat dah lama ni..minggu lepas pun ada buat..tapi tak adalah snap2 gambo..kurang rajin dah..hikss..


simple jer resepinya ok..kot2 ada yang nak masak malam ni..volehlaa..


1. Sediakan ikan..ikan apa saja pun boleh..ini ikan aya/tongkol aku guna..selar kuning tu tumpangan jer..:p



2. 4 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
1cm lengkuas
(hiris kasar)



3. masukkan air ke dalam periuk..agak2 tenggelam ikan lah..



4. masukkan juga 1 sudu garam kasar,
1/4 gula melaka
1 keping asam gelugor/asam keping
sedikit budu(agak2 dalam 2 sudu)

biarkan mendidih dan ikan masak..guna api sederhana jer..sekejap jer masak ni..sekelipan mata jer..hehe..




Dah siap!


Oh ya..kalau kau orang suka pedas boleh masukkan cili padi sekali ya..banyak mana pun tak kisah..janji kenyang perut senang hati..;)
selamat menterai..:)

Menyanyi Kat Dapur Nanti Kahwin Dengan Lelaki Tua

Assalamua'laikum..



Aku kan spesies yang kalau kat dapur mesti nak menyanyi..tak tahu kenapa..
asal kat dapur jer laju jer mulut keluar lagu untuk nyanyi..
padahal suara..paham2 jer lah..:p


Satu hari tu aku nyanyi2 sambil cuci pinggan..
lepas tu aku stop tiba2 sebab teringat orang tua2 kata..
jangan nyanyi kat dapur nanti kahwin dengan orang tua..
dan dan aku gelak..tanya kakak aku..


Eh kenapa ya orang tua2 cakap tak boleh nyanyi kat dapur nanti kahwin orang tua?
macam tak logik jer..
artis tu takkan tak nyanyi kat dapur kot..elok jer kawin dengan orang muda..
balas kakak aku..
"bukan kahwin dengan lelaki tua..tapi kahwin masa umur dah tua..tengokla sekarang tak kawin2 pun lagi kan?"
hahaha..kuang asam ok..ya tak ya jugak..kahwin lambatlah yang logiknya..hahah..
macam2..

Makan Nasi Pukul 3.30 pagi

Assalamua'laikum..



Semalam adalah malam yang paling menyedihkan bagi aku tahun ni..entah apa merengnya tak tahu lah..lepas maghrib semalam aku terlelap..ingat macam selalu la terlelap sekejap jer..


Sekali tengok jam dah pukul 10.30??stress ok..macam tak rasa nikmat hidup..dahla siang bekerja..apa lagi..nangislah!hahaha..lepastu aku terlelap balik..sengal kan?macam overdos ubat tidur jer gayanya..


Sedar2 balik terus menggagau handset tengok jam..pukul 3??melompat terus dari katil..isyak belum lagi..huhu..bangun solat2 semua pergi dapur ler cari nasik..sambil on tv..layan drama kat tv3..hehe..ma aku terjaga dia siap pelawa kenapa tak ambil kerabu kat dalam peti tu?wahhh..ini emak kesayangan ni..hehe..


Siap2 makan..basuh kain kejap..eh tiba2 mata berat balik..hahah..alarm handset 6.15..last2 terbabas jugak 6.45 baru ku subuhkan diri..hehehe..


Malam ni taknak la jadi macam semalam..nyesal weyh takleh nak ngobrol2 dengan ma and kakak aku..hehe..takkan tidur awal lah malam ni vanilla coklat lagi..pelangi kasih lagi..sibuk..sibuk..hiksss..

13 February 2012

Tukang Jahit Pun Manusia

Assalamua'laikum..



Ada siapa2 kat sini yang buat part time menjahit baju jugak?
mesti ada pengalaman dengan ragam macam2 orang bernama 'customer ni kan..
aku kesian dekat kakak aku..
menjahit lah dia sampai berjaga malam..
biasanya kakak aku akan mark bila2 customer nak..
yang urgent didulukan lah..


Kes 1.
bukan main lagi janji nak ambik sekian2 haribulan..
last2 batang hidung pun tak nampak..
bila call@sms bagitahu baju dah siap..
katanya akan ambil nanti..
nanti jerlah..dari tahun lepas lagi dok nanti..
tak datang2..


Kes2.
baju nak urgent..
baju belum siap dah sibuk tanya dah siap ke belum..
bila dah siap pulak datang ambik..
tapi..eh!duit pulak tak bawak..
nanti gaji katanya..boleh?


Kes3.
mula2 hantar kain pertama nak jahit..
belum siap yang pertama dah hantar kain ke2,ke3..
semua nak urgent macam baju dia sorang nak dijahit..
datang ambik baju buat2 bawak duit untuk baju yang mula2 hantar jer..
bila bagitahu semua dah siap..dia nak ambik semua nanti bawak duit baki..
tunggu punya tunggu tak ada dibaginya..
macam lembu kenyang dok kat rumah dia..
padahal berjiran jer..
tak malu ke..
nak senyum2 kat orang hutang tak bayar..
simpan jer lah senyum awak tu ya..tak kuasa..



Macam2 kes lagi sebenarnya..
nampak macam biznes kampung jer kan..tapi gitulah karenah manusia..
macamanalah orang kita nak maju kalau asyik nak dumb kan kaum sendiri jer..
kesian lah sikit..
tukang jahit pun bekerja nak cari makan..
kalau rasa betapa susahnya awak bekerja untuk dapat sesuap nasi begitu jugalah dia..
ada otak tu..fikir!


Walaubagaimanapun customer yang baik masih banyak ya..termasuklah aku..ekeke..

Segmen Review Blog Kami

Assalamua'laikum..




Sebelum terlambat..nak join segmen yang dianjurkan K.Tihara ni 'Segmen Review Blog Kami'..
Fuhhhhhh...tiup2 sikit minta ada rezeki menang and direview..ahah..
Oh suka ke blog beliau sebab boleh cuci mata tengok crochet yang ya Allah..super comelnya dia buat..sungguh kreatif..tak ada daya bagiku nak mengait2 begitu..tangan kayu..hihihi..


Jom ramai2 join sebelum terlambat..mengeratkan ukhwah sesama blogger..:)

TQ K.Tihara! ^_~

Assalamua'laikum..






A lot of TERIMA KASIH to K.Tihara untuk gift yang comel ini ya..penanda buku i guess kan..co cute..:)
sebenarnya last 2 weeks lagi received ni kak..tapi asyik terlupa nak snap gambo..huhu..
thanks banyak2..semoga akak dimurahkan rezeki selalu hendaknya..aamin..


oh..hadiah tu aku dapat sebab menang giveaway yang K.Tihara anjurkan..rezeki..heee..alhamdulillah..

Janganlah Tunjuk Jahil Sangat

Assalamua'laikum..



Bukan senang nak move to better life which in a good way, islam..
banyak halangan dan dugaan..bukan senang nak jadi mukmin sejati..
tohmahan dan 'anjingan' orang menjadi santapan harian..
they laughing at you with their shallow knowledge..
tak boleh nak terasa hati sangat dengan orang2 yang insulted their own religion..
oh maybe  islam hanya pada nama???
deep inside rasa nak bagi penampar every time jumpa orang2 yang mempersoalkan 'why girls cover their aurah properly sangat?' means wearing tudung tutup dada, baju loose,and wearing socks..
pleaselah..if u tak pernah tahu or tak pernah rasa nak belajar about agama u sendiri janganlah sesedap kepala hoki nak down kan orang lain..
dont show ur ignorance to others sangatlah if taknak orang tahu awak tu too dumb to the knowledge..
kalau nak orang respect kamu please respect others jugak..
what if ada orang yang insult u someday depan orang ramai apa yang kamu akan rasa?
oh..i beleive in karma..
kalau nak tanya tu in good manner why not..
tak perlu lah nak 'menganjing' as dia tak bodoh nak faham which is asking..which is deragotary..
girls yang pakai macam tak cukup kain tu tak ada pulak nak perli2 kan..
ya lah..boleh cuci mata..and biasalah pakaian macam tu normal lah ramai orang pakai so itu tak jadi masalah ya?
yang nak tutup2 kau hina2 pulak..
tak apa lah..itulah dugaan..as long as boleh bersabar..insyaallah Allah bayar berganda2 kebaikan..



sakit hati.:(

09 February 2012

Segmen Lia Lomi - Air

Assalamua'laikum




Dah sekian lama tak ada peluang untuk join segmen2 ni semua so kali ni ada masa sikit aku nak join segmen yang diorganized dek Cik Lia kita ni..
segmen tentang air..



Kisah ni dah berlalu kira-kira 17 tahun yang lalu..
waahh macam dah tua sangat bunyinya aku..hehe..
masa ni aku darjah 2..
dan aku ada 2 orang sepupu yang sangat rapat dengan aku dan juga kakak aku iaitu, Nina dan Dida..
so setiap kali cuti kalau dia orang tak datang kampung aku..
kami yang pergi kampung diaorang..


Nak dijadikan cerita, masa pergi bercuti rumah diaorang tu , sepupu aku ni ajak kita orang mandi kolam buatan dekat kawasan parit belakang rumah diaorang..
sah-sah lah sepupu aku 2 orang ni pandai berenang ok..
hari-hari practice kot..


So pagi tu,tak pagi jugaklah aku rasa sebab rasa panas matahri masa tu..hehe..
kitaorang pergi lah nak belajar berenang ni..
pakai baju renang?jauh sekali..
budak 8 tahun kot..faham-faham lah..haha..
kolam tu bukan simen ya..bertanah liat berair coklat..huhu..


Sepupu aku ajak turun aku dah rasa seram..
tapi dia kata cetek jer airnya kat sini..
so aku turun lah pelan-pelan dengan rasa ragu..
sepupu aku Nina ngan Dida tu dengan berlagaknya dok berenang macam atlit renang ok..
dah pegi sana..berenang sini balik..dok ulang2..tercabar jugak aku..


Nak pandai berenang kena belajar apungkan diri dulu kan..
so dia orang mintak aku apungkan diri..
siap tolong pegang kepala and kaki lagi..
lepas tu dia orang cuba lepas..
masa tu aku dah tak stabil..nak tenggelam ok..
last2 kepala aku terhumban ke air dulu..ya Allah..lemas ok..gelabah aku..


Sepupu2 dengan kakak aku kecoh nak tolong aku lepas tu dia orang gelak..
tahu kenapa?sebab air tu paras lutut jer sampai boleh buat aku lemas..hahaha..
punyala panik and penakut kan..


Last2 aku surrender..aku nangis nak balik..
dia orang pun naik sama so kita orang pun berjalan pulang dengan hati yang hiba..
aku jer lah yang hiba..dia orang happy jer..huhu..


Kesimpulannya..
sampai sekarang lah aku tak pandai berenang..
asal nak praktis terapung jer mesti tenggelam..lepas tu lemas..lepas tu panik..hahaha..
selalu macam tu ok..apa jenis makhluk la aku ni..hehe..



Ok tu jerlah kenangan pahit dengan air dalam hidup aku..
pahit yang tak berapa nak pahit pun sebenarnya..hiksss..
dah besar ni jadi macam penawar pulak kan bila teringat boleh gelak sorang2..:))




Keji Kau Peragut!!!!!Semoga Dapat Balasan Setimpal!

Assalamua'laikum..



Mood pagi ni marah sediah bercampur baur sebab kejadian yang tak disangka-sangka semalam..kes kena ragut..tapi bukan aku..Wani 2 pupu aku tu..yang tunang hari tu..ceritanya macam ni..



Petang semalam Wani ajak kakak keluar pergi pekan nak cari barang2 jahitan..lepas tu masa balik diaorang singgah beli nasi dekat 1 gerai ni..masa tu Wani dah perasan sorang lelaki dengan motor ex5 warna merah dok sebalik van..tapi masa tu tak adalah syak apa2 tengah2 pekan memang orang ramai..


Dah balik hantar kakak aku, rupanya lelaki tu ikut diorang sampai ke rumah kami..masa tu pun tak perasan lagi sebab lelaki tu macam buat2 cari rumah and kakak aku ingat kawan anak jiran aku sebab dia stop kat situ..kakak aku sempat la tengok dia body kasar2 pakai baju biru and muka cerah la jugak..


Lepas tu wani stret away nak balik rumah dia..Wani ikut jalan shorcut ikut parit jalan yang biasa dia lalu..tiba2 si lelaki tu tadi muncul dari belakang entah dari mana dia ikut Wani tak perasan pun..dia tumbuk belakang wani 2 kali..nak nangis aku masa kakak aku cerita(dia sms kakak aku)..bayangkanlah kudrat orang lelaki macamana..


Dia himpit2 Wani dengan motor tu and cuba nak tarik handbag dalam raga motor..sebenarnya handbag tu dah tersusup rapi dah bawah barang2 lain mungkin sebab dia dah perhatikan lama so dia tahu mana letak handbag tu..dapat handbag tu cuba pulak nak ambik nasi yang wani beli dekat mek dengan ayah dia..keji gila..tapi wani tarik  juga nasi tu dia cakap nak juga nasi tu nak bagi mek dengan ayah..aduuu tak dapat bayangkan keadaan dia masa tu..sedihnya..


Then wani lawan la jugak wani tendang2 motor dia tapi tak ada kesan pun..dahler lelaki tu badan kasar..eeee aku rasa nak bunuh jer dia!!!kan dia pakai helmet sekali dengan visor tu so tak jelas muka..so bila wani dok tendang2 tu dia buka visor dia and warning wani 'jaga kau!!' siap dengan jari telunjuk bangang dia tu..gila..dia buat orang dia nak warning pulak..


Lepastu wani tak melawan dah..takut jugak dia..lelaki tu blah..and dia sempat ambik plat number DBP 158..terus wani pergi minta tolong budak2 lelaki yang lepak kat jambatan kat kampung dia  kejar lelaki tu..masa tempat kejadian tu tak ada orang sunyi and kawasan bersemak..tapi tak dapat kejar..


Balik terus dia pergi balai polis dengan jiran dia..sampai tengah malam semalam baru settle polis siap pergi tangkap gambar dekat tempat kejadian..polis kata suspect mungkin yang duduk dekat Kutan..polis kan dia tahu lah ikut kes2 yang dah berlaku n cerita yang mangsa cerita..


Apa yang hilangnya duit cash yang dia kumpul2 hasil jahitan dia minggu lepas ada dalam 300..untuk beli sikit2 barang2 kahwinnya katanya..yang kakak aku bagi upah 75 ringgit..handset 2 biji..jam dinding baru je beli pun ambik jugak..pelahap gila..eeeee babbbbbbiiii betul lah!nak sepak2 jer muka dia tu kalau dapat..



Apa yang hilang tu mungkin bukan rezeki Wani..dah tertulis itu takdir dia..tapi harapnya lelaki tak guna tu dapat balasan setimpal dengan perbuatan dia..setakat kena tangkap, penjara 2,3 bulan aku rasa tak worth lah..pancung sampai mati jer..eh tak tak..belasah sampai dia mati..bagi dia terseksa..urghhhhh..geram!


Kesian Wani..dah ler mak dia tiba2 sakit ..dia pulak jadi macam ni..ini ke dugaan orang bertunang katanya?diberi kemanisan diberi pula ujian?hanya Allah maha tahu..semoga wani cekal hadapi ujian2 ni..



note : kawan kakak aku check no. plat tu katanya motor apa entah pemilik seorang makcik rasanya dekat area bachok..dahh..nampak sangat motor pun curi kot..number plate lain digunanya..sial!

note2 : berhati2 ya semua..nak2 rider lah..tapi walau apa pun semua dah Allah takdir..kalau sling hanbag dekat badan and pakai jacket pun kalau dia dah nak and dah perhati kita dia tarik jugak handbag tu..macam sepupu aku jugak pernh kena sampai terseret di jalan..kesian sangat!


apa pun peragut..kau memang sial !!!!!!!!!!!!!!!!!
maaflah..aku tak dapat kawal apa yang aku fikir..huhuh..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...