18 March 2012

Operation Tiroid

Assalamua'laikum..


2 hari lepas dapat berita dari Solat yang dia ada balik kampung sebab ma Solat masuk wad kena operate tiroid..tapi Solat kata esoknya(semalam) dah dapat keluar so tunggu semalam lah baru pergi melawat..


Lepas balik kenduri rumah kawan Ayu dekat Kutan terus pergi rumah dia..sampai2 tengok ma Solat elok jer dok sapu sampah kat tangga rumah..ehh?macam kompius betul ke mak dia sakit ni..ehhee..lepas duduk borak semua baru tahu cerita..


Rupanya tiroid tu tak sakit pun..tapi dia membengkak la kat leher..ma Solat kena tiroid ni since 1998 lagi..dok ulang alik ambik ubat and check up kat sepital jerlah..tapi Solat kata baru sekarang ni mak dia terbukak hati nak operate..ehhee..


Tengok leher dia ada bekas operate..uhuuu ngiluuu..lepas tu atas tulang dada kiri kanan ada kesan luka jugak..mak cik bagitahu tenpat untuk keluarkan wayar darah ke apa tah..aishh..seram sejuk jer dengar masa tuh..tapi suara dia jadi lain la jugak..mak cik kata suara mok cik dah macam jantan dah..hehehe comel jer..


Alhamdulillah ma Solat ok boleh buat kerja2 macam biasa tapi slow2 lah..saya ingat dok terbaring tak boleh bangun ke kan..huhu syukur sebab Solat ada adik2 sekolah lagi ma dia nak kena urus..itu pun operate nasib baik musim cuti sekolah..


Tiroid ni mak cik kata tak sakit tapi dia makan dalaman bdan kita..makcik kata dia makin kurus and tiroid tu makin besar..sangat bahaya kalau dibiar lama2 boleh menyebabkan barah katanya..huhu..visit orang sakit dalam masa sama dapat ilmu kan..


Lagi2 kita visit orang sakit ni dapat pahala and insyaallah dimurahkan rezeki..insyaallah kita gembirakan orang later Allah bayar kebaikan kita nanti berganda pula..:)..saya tak kisah lawat orang sakit kat rumah..kat sepital pun tak kisah..tapi kat sepital mungkin saya yang pitam dulu..ahah!

4 comments:

Mr.Clive said...

adoi...kalau tu bengkak,makan minum semua tak sedap dah...+_+

Myra Jay said...

Tiroid ni memang bahya kalau tak dicegah awal..

Nak makan pun terseksa..huhuu

puteri rimba said...

sama macam kakak sepupu

Aishah Jahirah said...

ramai yg terkena tiroid sekarang ni....gerun je nak operate..;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...