28 December 2013

Catatan penglipur lara sang majistret

Assalamua'laikum..

Anyone yang sooo in love into books?? Saya nak recommend korang baca buku ni, seriuosly tak menyesal baca, tak boring n buat u gelak sorang2! Haha..tak tipu taw..tak reti nak explain macamana tapi ni la satu2nya buku yang saya baca boleh habis terus within 1 night! And memang tak tinggal walau 1 ayat pun memang saya baca semua..kalo tak novel especially paling cepat pun 3 bulan baru saya habis baca untuk sebuah buku!! Hahahhaha..memang tak minat novel..baca sebab terpaksa jer pun..hihi

Buku ni kisah benar taw..that's why saya suka sangat..bagi kita 1 pengalaman baru n banyak sangat ilmu berguna di dalamnya..soo..go grab it now at your nearest bookstore!! Anw,saya tak beli pun tapi abang ipar yang bawak balik from sabah haritu sebab dia nak share cerita lucu..katanya tak best gelak sorang2..haha..

Selamat membaca ya..bacalah buku yang bermanfaat..wink2! ;)

Published with Blogger-droid v2.0.10

20 December 2013

It's Jumaat

Lawa kan? Moden n simple.. ;)

Assalamua'laikum..

It"s jumaat and I did nothing today! Haha..pagi2 lagi aura negatif dah datang so rasa moody jer..dok dalam bilik jer..lepas tu keluar makan nasi berlauk ayam ma beli..tu pun makan sebab ma pesan sebelum dia keluar pegi pasar with my sis..makan sebab takut kena marah tak makan nasi..hahahha..awal ok pukul 9!!urghhhh..tak boleh telan..tapi habis juga la..hahaha

Ni tengah tunggu nak solat zohor sesambil dengar khutbah sayup2 dari masjid..tak jelas n tak paham pun padahalnya..keh3..solat awal coz jap lg nak g kenduri umah my makcik kat tanah merah..ok daa..


Posted via Blogaway

18 December 2013

Azim's Wedding

Assalamua'laikum


Cerita about 2 week past..baru dapat berblog balik ni sebab baru dapt online with new modem..hehehe.. Anw, Azim ni satu2nya kawan saya yang dari tadika sampai ke sekolah rendah, sekolah menengah and masuk u lain2 but sampai sekarang la kawan.. alhamdulillah..satu2nya kawan lelakiku yang saaaangat bejurus..hahaha..taw the meaning? Budak baik la..sampai masa sekolah dulu jd pet student cikgu biologi..hahaha..

Congratulations Azim & Azah..both were sama cantik sama padan..dua2 cikgu..tapi 1 di perak, 1 di terengganu..haaa yang penting 2,2 orang kelantan n rumah dekat2 jer..hehe




posted from Bloggeroid

07 December 2013

Tudung Aidijuma

Assalamua'laikum


Imm soooo addicted to this tudung currently! Haha..back to bawal la pulaak..before this macam.ignore jer kan even siap iklan kat tv lagi tapi still rasa not interested.. tapi tadi suddenly nampak kat newsfeed fb terus scroolll every single piece of aidijuma collections! Siap save lagi all the photos yang sy bkenan..more than that sebab datin Norjuma herself has melting my heart!! Hahaha boleh gitu?? Lawa sangat kot..muka keibuan je beliau ni..suka tengok..









I'll grab it soooon! Kat kbmall ada kedai dia nanti boleh pergi.. taknak beli online takut tak puas hati..lalala


Oh then it's me wearing my old bawal version korek2 dalam laci..haahaha...pakai pergi visited my cousin's new baby at pasir mas, Nur Alisya Hazirah..sooo prettyyy baby!!! ;)







posted from Bloggeroid

26 November 2013

Jodoh pasti bertemu

Assalamua'laikum..


Heart to hear this song by Afgan. Nice song and lyrics dia memanglahkan..sedap je telinga mendengar..hihi..siapa2 yang belum berjodohan relax la ya relax..walaupun dalam hati ribut taufan buat dek dahla ya..yang penting usaha..ahhaa..yes usaha kena ada..tuan penulis ni pun sama la in the same category! Haha..I aim to get married on 2014..tercapai ke tak, let's Allah plan for it. Winksss!


Haha xpasal2 post pelamin..lalala..just for fun k! ;)

posted from Bloggeroid


posted from Bloggeroid

15 November 2013

Mini Cooper for 5As' in UPSR!!

Assalamua'laikum..

Weee..congratulations to all upsr 2013 candidates as they got their results today! Alhamdulillah settle 1 fasa persekolahan..actually dapat berapa A pun tak kesah pun for me sebab jalan masih jauh ya adik2..jauh sangat2..upsr bukan penentu masa depan u, it's just an assesment jer pun...so don't be sad n don't give up okeh! Starts ur secondary school dengan semangat baru and yes semangat yang adik2 tak pernah jumpa di sekolah rendah bila jumpa abang2 seniors yang handsome tak terperi....hahahaha..just joking! Belajar rajin2 nanti dapat bmw series blablabla pulak for pmr ya..heee..she's sooooo lucky!!!

10 November 2013

Fizo Omar Engagement Day

Assalamua'laikum..

Sorryy..I didn't blogs since so long!! Hahaha asyik2 gitula mukaddimahnya..haihh...seriously so many things suddenly happened unexpectedly. Ok later la cerita yang lain tu.

Pagi tadi kan tengok live majlis tunang fizo omar dengan mawar,duta a.k.a anak pemilik Fareeda nyata jelita,puan Faridah dekat nasi lemak kopi o. Wahh time tengok tu memang takleh blah non stop smilingg and laughing! Hahaha..bukan apa tak tahan tengok fizo kena buli dengan shamsul ghau2 n Ag. Kesian betul..tapi comel lah the ceremony. Tak tahula kenapa depa buat live sampai macamtu sekali tapi ok la for me tk nampak over pun..huhu..

Sama cantik sama padan. Kalo dah jodoh kan..tak perlu ambik masa lama pun.. insyaaAllah tomorrow(today) will be the wedding day. Haih la saya pulak yang tak sabar nak tengoknya! Hahah..

18 October 2013

Raya Haji

Assalamua'laikum..

Selamat hari raya haji/korban untuk semua.. :) No post for gambar lembu kena sembelih sebab memang tak pergi pun kat tempat sembelihan. Saya tido allllll the day! Hihhiii.. penat kot siapkan order dari petang raya sebelumnya sampai ke pagi raya tu. Nak pulak a day before raya tu buat kenduri akikah baby Yusuf. Memang penat n chaotic habisla my raya. Takperla raya haji kan..since hari akikah tu dari pagi sampai ke malam tetamu datang so hari raya tu memang takde sapa datang..ke ada orang datang I dnt know la sebab tido mati! Hehe nasib baik la 'cuti' kan.. :p ..

12 October 2013

Harga Ayam

Assalamua'laikum..

Pagi tadi lepas pergi pos barang customer kat kaunter pos petronas, pasir pekan terus strait away ke pasar segar kat tendong. Ikan situ memang segar2.. sayur pun sama..tapi sebrnarnya nak beli ayam..murah..ni sebab serik beli ayam kat pasar wakaf bharu 8 ringgit sekilooooo! Beli sekor ayam haritu 18ringgitttt! Huwaaaa! So belila 5 ekor dapat rm71.20 tak silap.

Then pergi beli daging..rm24 sekilo..harga standard..ma kata daging cantik..saya taktaw..yang saya tahu daging sedap yang ada lemak2 tu..tapi ma taknak beli ma kata tu daging huduhhhh..aiyaa daging pun ada huduh lawa ker?hihihi

Lepastu terus singgah kedai dobi sepupu nak ajak dia datang kenduri akikah Yusuf. Cerita2 dengan dia pasal beli lauk segar dan murah tu...sekali dia kata kenapa beli ayam kat situuuuuuu? Mahal tuuuuuu! Beli dekat parit area sekolah SKOT 2 tu rm6 jer sekilo! Huhuhu..memang ya pun..masa otw balik lalu kot tu tengok dia tulis 'ayam rm5.98 sekilo'. Alahaii..takperla dah rezeki tertulis kat situ..lepasni taw dahla nak beli kat mana kannn..

Tapi kann..kenapa harga ayam beza2 eyh? Bukan barang kawalan ke ayam ni? Huhuu.. apa2 pun ikan patin masih boleh dapat 3 ringgit sekor ok!!! Hahaha my favvy takde kaitan..lalala

08 October 2013

Behind the scene ;Quarter final TRW vs JDT

Assalamua'laikum..

First time tengok bola outside. Hahha! Semua gara2 budak2 ni la. Kalo depa takder segan jugak nak keluar. First experience memang best tengok bola kat luar ni. First plan nak g stadium tapi abg ipar kata bahaya sikit orang perempuan masuk stadium terhimpit2 so takperla abg saya ajak tengok kat dataran anak muda,wisma mdt.

Budak2 ni masuk 2nd half dah ke alam lain dah. Kecuali muaz sebab dia memang football fan. Huhuu. Overall puas hati la. Macam tengok game final dah. Hi3. Taknak komen lebih kalo kat fb macam2 perang dah meletus. Haha saya tukang gelak jer. Rilex la. Yang menang syukur, yang kalah redha dan cuba lagi.

Goodluck my heroes for the next game! ;)

02 October 2013

Accident

Assalamua'laikum..

Ma, I'm sorry..your pokok bunga nasi kerabu was patah because of me! Hahaaaa..lalalala.. saya sebenarnya tak pandai reverse kereta..yang saya taw drive ke depan jer.. hahahaha.. semalam nak keluar kereta dari garaj tepi rumah tereverse laju lepas tu balas stereng tak abes terus terlanggar pokok bunga nasi kerabu kesayangan ma..kuikuikuikui..tempat tu sempit so ai tak boleh baca jaraknya..kesian pokok tu..tapi masih bernyawa lagi la ia..haha..

30 September 2013

September ends!

Assalamua'laikum..

Tup tap tup tap dah nak berakhir bulan september ..alhmdulillah walaupun macam2 jadi tapiiiiii syukurrrr instead of bad, banyak benda baik yang jadi.. alhamdulillah rezeki Allah swt. Ok cukup dulu..sesajer je ni testing barang baru orang bagi..hehe..banyak betul barang yang daku miliki pemberian orang lain. Alhamdulillah rezeki Dia nak bagi macam2 cara kan.. macam saya, rezeki datang bergolek la namanya ni..hehehehe..ok nak update banyak2 lepas ni.. tata.

25 September 2013

Budak Takder Nama

Assalamua'laikum..

Alhamdulillah, on 23rd September 2013, my 3rd sista dah selamat melahirkan baby boy ke 5 nya! Yang bongsu sudah. Hehe semua lelaki anak2 K.Niey. Anw, syukur sihat walafiat adanya.

Bertambah sorang lagi pengutip cukai during raya! Hahaha.. Anak sedara saya ke 12 dah ni. Weuw!! Anak buah dah bederet2, sempat kejar tak ni anak2 sendiri??hahahaha.

Kesian taw budak kecik ni belum ada nama..umi ayah dia tak setuju nama pilihan si abang2 yang nakkan nama Yusof..hehe. Taktawla macamana depa sepakat nak nama tu. Terbayang2 wajah toknik(my uncle) plak bila panggil Yusof. Hahah. Tak kesahla Yusof pun ok, nabi Yusof kan hensem ;) . Hopefully membesar jadi anak soleh n mendengar kata ya sayang. We love u so much!

21 September 2013

Mission in action

Assalamua'laikum..


Tadi kan baru lepas tengok mission in action 3..even dapat tengok for the last 30minutes je pun jd la kan..and seriously citernya best! Yang 1 xsempat tengok, yg 2nd tengok tak full juga tapi line story nya pasal peperangan between amerika n vietnam, and heronya still the same, Braddock!

Btw, tak paham pun kenapa amerika serang vietnam,and nampak tentera vietnam sangat jahat dalam citer ni..and amerika nampak sangat heronyalah! At the end of the story amerika menang.. Hero usah kata la kan walau ditembak,dibom, tapi peluru tak lut okeh!ahaks!

So tadi terus macam curious nak tahu citer sebenar antara amerika n vietnam..terus google and jumpa la pasal perang vietnam/perang amerika/perang indochina! Vavavava~perang indochina biasa la dengar tapi tak tahu perang apa and among siapa! Hahaks! Buta sejarah saya ni sangat kesian kan?huhu.

Baca punya baca baru la tahu yang vietnam selatan(sekutu amerika) kalah sepenuhnya menentang komunis vietnam utara. Tapi dalam cerita dia buat dia(amerika) yang menang kan? Teruk tak teruk nak cover malu kalah perang n nak spin sejarah dgn buat citer macam tu..haih!

Ada juga gambar2 real masa zaman peperangan tu,sangat menakutkan tengok. Terus teringat kisah tanah air sendiri. It's Tanah Melayu! Ok la boleh google tengok dan baca ya.

goodnight.

29 August 2013

Cerita Bisnes Apam Polkadot

Salam..sejak serius buat bisnes apam polkadot ni alhamdulillah sedar tak sedar dah dekat 10ribu biji apam polkadot buatanku @Anna Delights terhasil, dalam tempoh 4 bulan. Syukur rezeki dari Allah. Murah rezeki mudah-mudahan Allah tukar 10ribu biji jadi 10ribu ringgit! Aameen.. :)


Sebenarnya dalam tempoh 4 bulan ni, memang tempoh yg sangat mencabar la bagi saya. Terutama dalam mengurus kewangan..fuhh memang saya kena lebih banyak menuntut ilmu la bab ni. Duit mengalir laju macam air! Haih!


Dari segi emosi, saya banyak follow jutawan2 dekat facebook (Dr. Azizan Osman, Anis CMC, Irfan Khairi, dll) untuk baca status2 mereka n motivate diri supaya tak rasa down, even memang sometimes rasa sangat2 down especially bilam apam polkadot tak menjadi seperti yang diharapkan walaupun menggunakan bahan dan resepi yang sama berkali2! Serius stress, nak quit, fed up semua ada. Ya, nampak macam bisnes kecil saja kan? Tapi dugaannya, Allah maha besar saja yang tahu. :)


Saya berterima kasih sebab family banyak membantu, dari suntikan modal hinggalah menolong saya menyiapkan order sampai tak tidur malam! Huhu semoga Allah membalas budi baik keluargaku.


That's why sekarang saya limitkan order sampai 500pcs sahaja. Bukan mengalah tapi itu yang saya mampu setakat ini. Saya tak sanggup nak susahkan family semata2 demi bisnes saya ni. Furthermore nak jaga kualiti apam n ofcos untuk jaga nama Anna Delights dalam tempoh jangka panjang.


Dugaan dgn customer? Tentula ada. But tak perlulah dikongsi. Rezeki kita Allah salurkan melalui mereka, jadi tak baik bercakap buruk tentangnya seolah2 kita mencela rezeki yang kita perolehi. Saya banyak belajar itu melalui sifu2 di fb :)


Ok lah nanti sambung lagi, mata dah berat, kang esok tak bangun subuh macamana nak jadi jutawan islam? ;) . Gambar atas tu sebahagian dari order lepas raya tempoh hari.

Update terkini jemput like fb page Anna Delights, http://www.facebook.com/AnnaDelights

21 August 2013

Aidilfitri 2013

Salam..

Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin! Sorry lambat wish tapi takper still bulan syawal lagi kan. ;) taknak cerita panjang sbb dah taip tadi tiba2 tak boleh send n hilang!!haih..no 2nd chance sbb malas nak flashback stories n taip. Hehe. Anyway raya tahun ni lebih havoc and tak rasa macam raya pun!! Tu la padahnya buat biznes makan2 ni..hi3..takper rezeki..alhamdulillah syukur..nak puasa 6 nanti nak raya 2nd time!!weeee~

01 August 2013

Harapan

Salam..dah masuk 10 terakhir ramadhan dah kan kita ni..moga2 ibadat
kita semua diterima..tapi jemaah kat masjid pun sikit2 dah
berkurang..huhu..masing2 urusan kan takperlah..

Lately ni banyak saya dok fikir itu,ini..maklumla bulan puasa ni free,
tak ambik order, setakat 1,2 order je..so bila byk masa free,byk la
masa termenung..pikir pasal biznes..ikutkan nak buat macam2..lepas
raya ni nak korbankan sikit duit hasil kerja nak join kelas
baking..nak up skill..nak upgrade service Anna Delights..

Then terfikir juga pasal kedai..hurm..saya ni dok kampung,kadang byk
terpaksa tolak order sebab customer rasa mcm jauh nak pick up..kalo
nak hantar tempat depa saya caj la sikit..igt nak ambik kedai pun just
untuk senang customer ambik order dyorang la since produk tak banyak
lagi..ada survey kedai murah2 kat kb tapi tak taw sesuai ke tak untuk
jualan kuih ni..n takut tak leh survive pulak nak byr sewa.
Huhuhu..huwaaaaa..poning!

Tapi apa2 pun niat yang baik mesti Allah permudahkan kan walau banyak
mana halangan sekalipun insyaaALLAH..Please doakan saya berjaya
kembangkan my biznes..aameen~

31 July 2013

Big Apple Tesco Closed?

Salam..lepas asar petang smlm my sis ajak pegi tesco dia ada hal. Ai
follow jer. Tak beli apa2 just teman ma je beli barang dapur.. Then
masa kat kaunter ada 1 customer sebaya saya la kot kakak cashier tu
Big Apple dah tutup ke? Kakak tu cakap iya sebab nak ganti dengan
kedai apa ntah..huhuhu..

Lepas turun nak pergi parking just tengok kot tingkat atas jer, a'ah
memang ya big apple da tutup.tapi nampak ada orang tengah buat
renovation kat belah dalam, n sign big apple kat luar tu pun ada lagi.
Tak tao la kan betul ke tak tutup..nanti pegi lg sekali nak
confirmkan..kalo betul closed alamatnya kena produce donut sendiri la
lepas ni.. Donut Anna Delights! hahaha.

29 July 2013

Anis Choc Moist Cake

Assalamua'laikum..


Petang tadi pegi bazar ramadhan wakaf bharu, masa my sis singgah kat
gerai puding nak beli puding kastard koktel, tetiba ternampak kek
Anis! I apalagi nakkk la kan! Tapi kakak sy yg bayarrr..haha..lalala..

Selalu dok follow fb page K.Anis Cmc ni..byk bg moral support..best
sangat! One of my idol! ;) so memang tak pernah try kek dia..payah
jumpa kat Kelantan n memang tak tahu nak cari kat mana pun..hihihi..

So beli la tadi RM5 sebekas. Bila saya tanya abang yang jual Anis CMC
ni, agen kek anis ke? Dia mcm pandang saya lepastu senyum lebar. Hehe.
Sy rasa dia terkejut sbb saya kenal kek femes kat internet ni. Then
dia jawab sambil sengih2 hehe, ya jd agen slow2..alhamdulillah tiap2
hari jual 30,30..30 bekas..wow! banyak kan?kirala sebulan berapa utk
kek ni saja tak termasuk puding2 dan keropok yg dia jual. Haha sy
memang teruja dgn orang yg pandai buat biznes ni.

Balik buka puasa makan memang sedaaaapppp betul kek nya! Lembut
sangat! Choc kat atas tu warna itam bukan koko macam dalam gambar tu.
Pheww patutla kek ni terkenal n dapat permintaan tgi kan? Sedap tak
tipu. Kalau nak cuba, pegila bazar ramadhan wakaf bharu, cari sampai
jumpa kat bahagian kuih muih, untuk orang wakaf bharu dan sekitar saja
ya. Hehehe

26 July 2013

I am 26~

Assalamua'laikum..


Alhamdulillah, yesterday 25 July,16 Ramadhan, was my birthday yg ke 26
sudah!! Weeee tua sudah daku! Hahaha.. Apa pun rasa nikmat sgt besdei
during ramadhan,pulaknya hari nuzul Quran..memang takder apa2 tp rasa
bermakna jer birthday di bulan mulia ni.. :)

No celebration,just my biggy bro ajak makan colek kat rumah dia after
terawih semalam. Jadi la tu. Hehe.

I made kek for myself, kek karamel jer, tp tak berapa jd!arghhh!
Tension! It was my 3rd trial olredy!haih..nasibla tange xdok patak
sipuk!hahaha..

Ok tq semua yg wish. Appreciate it a lots~ai nk wish apa kt diri
sendiri tahun ni? Nak kawenggg!hahahaha..yg plg pnting nk expand bznes
la. InsyaALLAH. :)

23 July 2013

Juara Ikan Bakar, Kedai Buloh

Assalamua'laikum..


Semalam buka puasa dekat Medan Ikan Bakar, Kedai Buloh; Juara Ikan
Bakar. Abang n Kakak ipar ku belanja. Tocheyyy~


Makan tengah lapar kan semalam plus nak cepat pula, so tak bleyh
explain lebih about foods. Tapi ikan bakarnya memang mables! Cicah dia
pun sedap. Nyum3! Sampai tinggal kerangka jer kitorang kerjakan ikan
tu!wakaka..


Oh, epal juice nya terbaikkk! Memang hingga ke titisan terakhir la jus
1 jag tu..hahaha..lain2 kena g makan lg sekali time tak puasa la baru
boleh menikmati kot..ki3


Restoren ni best taw, dalam sungai kelantan! Haha..nice view of 'teh
beng kelantan' ;) . Dia ada 2 restoren kat sini, 1 juara ikan bakar, 1
lagi steamboat perdana resort. Tapi macam belum siap sepenuhnya lagi
kat lua tu. But still nice place. Belah malam dah mcm ict! Hehe.

Nak datang sini dari Kb stret je ikut jalan pcb sampai jumpa balai
polis badang tak silap belah kiri, atas sikit ada simpang masuk kiri.
Stret je sampai jumpa singbod Medan Ikan Bakar ni belah kiri jugak.
There you go. Selamat menjamu selera. Weols makan semalam rm78 hengget
jor..murah giler kan?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...