09 December 2015

Burger Abah Den

Assalamualaikum.

Isnin haritu mak mertua ajak pergi makan burger famous kat seremban, burger abah den namanya. Malam tu kitorang pergi la berpandukan google maps kat henpon aku ni jumpa la jugak Taman Panchor Jaya Fasa 8 walaupun sempat tawaf 1 taman. Hi hi.

Disebabkan ramai sangat orang so kami decided bungkus jerlah n makan kat tasik seremban kat a&w tu. Aku, Din, mama, papa, sume order burger kambing sado. Budak 3 orang tu burger ayam crispy.

Yang famous kat situ burger tarik ke apa tah namanya tapi dah sold out dah time tu. Nasibla ada kambing. First time makan burger kambing. Memang masyaa Allah sangatlah sedap! Kena betul dengan tekak orang cerewet macam aku ni. Berbaloi dengan harga 12 ringgit pun. Mujur mak mertua yang belanja. 😅

Layanan yang baik burger yang sedap opkos la kami datang lagi. 😊

16 October 2015

Aku

Assalamualaikum.

Tetiba rasa nak tulis blog guna gantinama "aku". Sedap sikit nak update. Rasa macam diari. Kikiki. Entah pape jerla. Sebenarnya tak mandi lagi ni. Dah 3 hari demam tapi harini dah ok sikit cuma malas tu masih ada la. Dah nak pukul 3 nak sesiap la lagi 2 jam laki balik kang tak pasal2 kena maki mandi tak makan pun tak Kehkeh. Masak tak kisah sangat sebab dia lg pandai masak dari kita.

Tadi pun sebelum pergi kerja siap tanya nak proceed tak order kepak ayam madu semalam diorang hantar harini. Taknaklah b takder. Kita order semalam sebab katanya delivery pukul 9 mlm. Tunggu punya tunggu xreply pun pm n comment. Hurm takperla takder rezeki. Duk intai2 nak g chicken ball ball rice restaurant kat seremban ni nampak macam sedap, tunggu suami free la n badan sihat sikit. Makan jeer kojo ko yer. ..asal makan jer sihat..asal sht jer makan.. Kehkeh. dahla bebel nak mandi. Tata. 😁

10 October 2015

Laksa Goreng

Assalamualaikum.

Pagi tadi breakfast masak laksa goreng permintaan suami. Cuak jugak nak masak sebab tak pernah masak dan makan. Takut tak sedap. Suami kata tu hidangan famous kat Pulau Pangkor. Rupanya sedap juga laksa goreng ni ya. Tak cukup pulak sebungkus tadi saya whatsapp suami belikan laksa lagi. Hi hi. Laksa saya guna yang macam cendol ,laksa pendek namanya beli kat mydin seremban.

Resepi:
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
5 tangkai cili kering
**blender

Laksa sebungkus
Sayur sawi
Ayam potong kecil
Sos tiram
Sos tomato
Kicap manis
Garam
Gula
Ajino xbubuh pun ok.

Tumis bahan kisar hingga pcah minyak atau kering sedikit.
Masukkan semua sos garam gula.
Masukkan ayam atau apa2 lauk.
Tambahkan sedikit air.
Biar ayam masak.
Masukkan sayur.
Biar sayur masak sekejap.
Masuk laksa.
Kacau2 sekejap.
Siap.

Sebungkus laksa boleh 4-5 orang makan. Tadi siap tapawkan untuk suami g keje. Alhamdulillah happy sangat rasa. 😍

12 August 2015

25 days as a wife

Assalamua'laikum,

Alhamdulillah diam tak diam dah 25 hari bergelar isteri kepada mr. Saifuddin. I'm feeling soooo blessed. 😍

Lepas seminggu kahwin terpaksa la ikut suami ke negeri darul khusus tempat suami cari rezeki. I cried almost everyday sebelum n selepas beberapa hari datang sini. Haahaa. Pelik kan. Bukan xpernah tinggal family before tapi kali ni rasa sgt2 berbeza sbb i'm leaving for good dh jadi bini orang kan.. Kena la ikut suami wherever he goes.. 😜

Kat Seremban ni bosannya lahai. Takder apa pun yg best. Paling2 pn husband bawak g mall pusing2 tengok wayang. Hihi. Nak start buat kuih pun tak ada barang lg kat rumah ni. Tunggu balik raya haji nanti la angkut semua bawak datang sini. .

Insyaa Allah semoga Allah mudahkan perjalanan hidup ini. Ok lah nak g goreng nasik perut dh berkeroncong. Suami taknak makan sebelum g kerja sebab nak makan dengan kawan2. Ok ler tak pyh nak ketung ketang pagi2.. Kuikui.. 😁

10 April 2015

Persiapan Kahwin

Assalamua'laikum.

Bukan main lagi kan, berkurun2 lama tak update blog tetiba up status persiapan kahwin. Kihkih!

Alhamdulillah sampai gak jodoh. Rasa tak percaya pun ada tapi dah jodoh terima ajer lah. Hihi.

Banyak lagi belum buat persiapan masa tinggal tak berapa lama dah kursus pun belum. Hahaha.

Insyaa Allah majlis buat kecik2 ajer n memang saya plan buat sendiri semua dari kad kahwin, baju hingga ke pelamin pun! Hihi. Jimat bajet lepas kahwin lagi banyak nak pakai duit kot.

Saya tak rasa perlu membazir untuk majlis 1 hari tu jer. Tak berbaloi lansung. Biarla sesuai dengan bajet kan. Ukur baju di badan sendiri. Pepatah omputih kata "less is more" . ;)

So far, baju nikah ajer yang dah tempah jahit, kain beli dekat Nagoya Tesco harga rm37 untuk 3meter 1/2. Buat dress simple jer. Murah kan? Hihi. Upah jahit belum tahu berapa belum siap lagi nanti sy update kemudian. Lepastu lace manik2 simple jahit sendiri jer.

Semalam dah pergi beli kertas kad untuk buat kad kahwin. Pergi kedai apa namanya lupa pulak dekat depan Manjaku tesco tu. Plan nak craft paper tapi ada yang bercorak jer taknakla kan yang gtu untuk buat buku scrap bolehla.

Lepastu abang tu suggest yang wangi2 tu memang best tp harga rm25 1rim(100pcs) kalo xsilap so sy tanya yang lagi murah so dapatla rm10 utk 1rim. Ada corak kerawang2. Bolehla kan. Lagipun kad tu nanti potong 3 untuk 1 keping kertas A4 tu. Dapatla 600 kad utk dua belah pihak.

Design kad dah ada tinggal nak buat jer ni tak menyempat lagi. Hehe.

Tu jer dulu nanti saya update lagi pasal kahwin bajet ni ya. Insyaa Allah jangan susahkan yang mudah, semua orang boleh kahwin. Hihi. Tata.



Muka org gediks nak kahwin. Hahaha

posted from Bloggeroid

01 January 2015

ga

Ooixu s . .. . IIT IIT I I IIT IIT iij PvP 6 p.ddèrd
Kukklijb ybjnoo
Z ßw CAA

posted from Bloggeroid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...