06 October 2016

Ikea Online

Assalamualaikum.

Lama tak bersiaran di blog ni haa. Banyak sangat nak update tak menang tangan.

Untuk peminat barangan ikea bolehla contact kita ya. Kita pos seluruh Malaysia. Dengan caj upah minimum dan pos yang murah berbaloi tanpa perlu bersesak di ikea. Tunggu jer barang sampai depan rumah. 👌😍

Setakat 9 bulan buat servis ni alhamdulillah semua barang sampai dengan selamat.

Cara belian boleh ke website ikea, screenshot barang yang berkenan dan wsap kat kami, then kami akan bagi quotation.

WhatsApp 012-9876961 untuk details. Atau boleh DM di Instagram , ikea PS Malaysia by yanaden atau pm di Facebook page, ikea PS Malaysia by yanaden atau pm di personal fb saya, Yana Razali. Tqq. 💋💋

02 April 2016

Clenx Tea

Assalamualaikum.

Harini dah hari ke 4 minum natural clenx tea. Ya Allah harini paling teruk rasanya sebab sepanjang pagi tadi sampai 4 kali berulang pi tandas. Sampai xlarat sangat tertidur tengahari tu. Suami balik awal harini pukul 3 baru terjaga. Kikiki.

Aku minum teh ni bukan nak kurus pun. Takderla gemuk sangat tapi dah berisi la banding dulu. Sekadar nak kempiskan perut jer. Lepastu nak cuci2 usus ni haaa. Lantakler nak membuang berapa kali pun. Puas hati rasanya. Lagipun bukan ada gi memana pun. Duk kat umah jer.hihi

Ni pun dah rasa macam mengempis sikit perut. Harap2 berkesan la. Tapi aku xtaw cara betul minum teh ni. Din kata minum pagi dan malam. Tapi aku minum malam jer. Takut pulak minum banyak2 kali. 😁😁😁

Ada 10 sachet jer untuk 1 kotak ni. Habis yang ni stopla dulu. Sebab plan nak try produk detox brand forever living pulak. Kawanku, Ciklat yang jual haruslah support kawan2. Kalau bukan kita siapa lagi. Tapi tengah kumpul duit sebab mahal jugak benda tu. Din pulak buat xtaw jer sebab tu dia belikan clenx tea sebab forever mahal katanya. Haha. Takper aku beli sendiri lerrr.😂

Semoga kempislah perutku dan nyahlah segala angin kotor dan toksin dari badanku. Jom sihat!😘

01 April 2016

KFC Delivery

Assalamualaikum.

Cerita petang tadi. Din order KFC online. Ni first time kitorang order online. Padahal rumah dekat jer dengan KFC tapi sebab malas nak keluar order jerlah.

Order pukul 3. Estimate KFC sampai depan pintu rumah katanya setengah jam. Tunggu punya tunggu tak sampai. Lepastu dapat call dari rider tak jumpa rumah. Dah ke mana2 dah perginya. Haha. Alahai. Geram ada kesian pun ada. Berkali2 dia call. Pelikla kami. Last2 kami keluar jugak pergi ambik KFC tu dah asar time tu.

Kesian rider tu. Berkali2 mintak maaf. Kami pun tak sampai hati duit balance din baginya seringgit. Aku kata apasal sikit sangat b bagi? Kesian dia. Gelak jerla suamiku. Tertukar katanya nak bagi rm10 pi bagi seringgit. Haha.

So conclusion is mana2 company nak buat delivery kena la hire rider yang taw jalan. Ni tah ke mana perginya. Nasib baik suami ok. Kalo x cancel sesajo order. 😁😁😁

Ok lah. Nak settle quotation barang IKEA. Order bersusun. Jomlah kalau ada peminat IKEA. Ushar2 fb ku ya : Yana Razali.
Goodnite.😘

29 March 2016

Ikea Personal Shopper

Assalamualaikum.

Lama tak tulis apa2 kat blog ni. Dah tak rasa nak menulis dah. Sibuk dengan macam2 especially Facebook jer. IG pun tak sempat nak update. Bizi betul mencari rezeki.😁

Alhamdulillah azam aku tahun ni aku dah cakap kat diri aku nak lebih maju ke depan dalam segala hal terutamanya minat aku dalam bisnes.

Syukur dah 2 bulan buat bisnes barang2 IKEA sambutan menggalakkan. Paling utama niat aku nak bagi duit kat ma. Syukur Allah permudahkan. Dapat aku bagi ma duit hasil titik peluh berniaga lepas kahwin ni. Walaupun tak banyak sekadar 3 angka tapi cukup bahagia lihat ma happy. Semoga aku terus murah rezeki. Ma nak apa saja aku mampu belikan satu hari nanti.

Di samping tu aku ada plan jugak nak buat bisnes sampingan tambah lagi pendapatan. Nanti dah berhasil akan aku kongsikan.

Semoga setiap yang berusaha tidak berputus asa dan kaya & berjaya dunia akhirat. Ameen.😘

28 January 2016

Ola Bola

Assalamualaikum.

Balik kerja petang tadi Din terus ajak keluar nak menonton Ola Bola. Sempatla aku masak nasi goreng n meatball, makan n solat asar dulu. Lepastu terus gerak gi Aeon Seremban 2. Ngam2 sampai pukul 6. Beli tiket terus masuk.

Overall cerita ni bagi aku sangat best! Sampai nak menitik airmata. Semangat, perjuangan, kerjasama banyak iktibar dalam cerita ni. Walaupun banyak guna bahasa inggeris tapi tetap sangat mudah difahami.

Kalau rasa nak tengok pergilah tengok. Banyak pengajaran. Kalau tak tunggu tengok online jerla kan jimat duit. Hi hi.

Keluar panggung terus berkejar ke surau dah pukul 8. Sebelum tu dapat  1 berita yang buat aku syahdu dan termenangis tanpa sengaja. Syukur kalau itu rezeki kami. Alhamdulillah.

27 January 2016

Cheesetart Pusing KL

Assalamualaikum.

2 minggu lepas, aku ajak suami buat tour jual cheesetart ke KL. Sebenarnya alang2 nak jalan jer. Boleh jumpa kawan2 jugak. Alhamdulillah Din ok jer, sebab dia pun kaki berjalan. Haha.

Hari sabtu petang lepas Din balik kerja kitorang gerak ke Shah Alam. Sebelum tu singgah Tesco Semenyih hantar cheesetart kat Siti Fatimah, kawan sekolah menengah. Dia order 2 kotak untuk hantar ke masjid. Alhamdulillah.

Lepastu gi Kajang rumah Wahida sepupuku order cheesetart juga. Singgah solat maghrib n lepak makan ringan n borak2 dulu. Then kami gerak ke rumah kawan Din kat Serdang rasanya lupa pulak. Hantar minyak haco dia beli n bagi cheesetart sikit untuk anak2 buah dia.

Kami teruskan perjalanan ke shah alam hantar cheesetart untuk Maizatul, kawan sekolah jugak. Maizatul duduk flat proton dekat umah Kakja jer. Malam tu tumpang tidur rumah Kakja. Pekena mee kari kenyang tak terkata.

Esok pagi lepas subuh terus siap buat kuih. Kakja masak banyak. Din makan siap2 takut drebar lapar, bahaya. Haha. Saya bawak bekal makan dalam kereta. 😁. Alhamdulillah mujur ada kakak.

Kitorang gi hantar kat customer di seksyen 24. Baik orangnya. Lepastu gerak gi Flora Damansara hantar cheesetart untuk Lina kawan satu, housemate kat udm(unisza) dulu. Borak2 gelak 8 tahun tak jumpa lepastu terus ke Gombak. Rumah my darling bff, Jojah. Hihi. Dia pun order 2 kotak. Jojah siap mintak saya masak n dinner lagi kat rumah dia. Alhamdulillah kari ayam tanpa santan semua makan bertambah. Jam 8 lebih kami gerak balik ke Bukit Kemuning tidur rumah Kakti pulak.

Malam tu makan nasi ikan singgang dengan kerang rebus. Oh sedapnya!
Esoknya buat cheesetart sikit untuk Hanum kawan sekolah. Lebihnya buat untuk budak2 ni diorang suka la main masak2 dengan ciksu. Hihi. Kakti masak sup tulang sedap sangat. Makan 2,3 round. 😂. Petang pi hantar cheesetart kat Hanum di seksyen 8. Balik rumah kakti lepak2 sambung buat tart dengan budak2. Lepas maghrib kitorang gerak balik Seremban.

Sebenarnya tak terus balik. Kami pergi merayau ke Ikea Cheras. Haha. Pergi kejap jer sebab dah nak tutup. Ok la sempatla cuci mata. Lepastu terus ke Bukit Ampang tempat yang dah lama aim nak pergi. Alhamdulillah sampai jugak. Ok itu nanti cerita. Hi hi. Dah zohor jom solat dulu. Jauh perjalanan luas pemandangan. Alhamdulillah atas segala rahmat dan ujian. 😍

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...