28 January 2016

Ola Bola

Assalamualaikum.

Balik kerja petang tadi Din terus ajak keluar nak menonton Ola Bola. Sempatla aku masak nasi goreng n meatball, makan n solat asar dulu. Lepastu terus gerak gi Aeon Seremban 2. Ngam2 sampai pukul 6. Beli tiket terus masuk.

Overall cerita ni bagi aku sangat best! Sampai nak menitik airmata. Semangat, perjuangan, kerjasama banyak iktibar dalam cerita ni. Walaupun banyak guna bahasa inggeris tapi tetap sangat mudah difahami.

Kalau rasa nak tengok pergilah tengok. Banyak pengajaran. Kalau tak tunggu tengok online jerla kan jimat duit. Hi hi.

Keluar panggung terus berkejar ke surau dah pukul 8. Sebelum tu dapat  1 berita yang buat aku syahdu dan termenangis tanpa sengaja. Syukur kalau itu rezeki kami. Alhamdulillah.

2 comments:

Nur Hamizah said...

dapat baby? Tahniah walau apapun berita gembira tuuu!

Zayani Zulkiffli said...

Haritu dah nak pergi dah. Ramai orang review cakap cerita ni best.

Jemput baca: http://nurulzayani.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...