Assalamualaikum.
Isnin haritu mak mertua ajak pergi makan burger famous kat seremban, burger abah den namanya. Malam tu kitorang pergi la berpandukan google maps kat henpon aku ni jumpa la jugak Taman Panchor Jaya Fasa 8 walaupun sempat tawaf 1 taman. Hi hi.
Disebabkan ramai sangat orang so kami decided bungkus jerlah n makan kat tasik seremban kat a&w tu. Aku, Din, mama, papa, sume order burger kambing sado. Budak 3 orang tu burger ayam crispy.
Yang famous kat situ burger tarik ke apa tah namanya tapi dah sold out dah time tu. Nasibla ada kambing. First time makan burger kambing. Memang masyaa Allah sangatlah sedap! Kena betul dengan tekak orang cerewet macam aku ni. Berbaloi dengan harga 12 ringgit pun. Mujur mak mertua yang belanja. 😅
Layanan yang baik burger yang sedap opkos la kami datang lagi. 😊