29 August 2013

Cerita Bisnes Apam Polkadot

Salam..sejak serius buat bisnes apam polkadot ni alhamdulillah sedar tak sedar dah dekat 10ribu biji apam polkadot buatanku @Anna Delights terhasil, dalam tempoh 4 bulan. Syukur rezeki dari Allah. Murah rezeki mudah-mudahan Allah tukar 10ribu biji jadi 10ribu ringgit! Aameen.. :)


Sebenarnya dalam tempoh 4 bulan ni, memang tempoh yg sangat mencabar la bagi saya. Terutama dalam mengurus kewangan..fuhh memang saya kena lebih banyak menuntut ilmu la bab ni. Duit mengalir laju macam air! Haih!


Dari segi emosi, saya banyak follow jutawan2 dekat facebook (Dr. Azizan Osman, Anis CMC, Irfan Khairi, dll) untuk baca status2 mereka n motivate diri supaya tak rasa down, even memang sometimes rasa sangat2 down especially bilam apam polkadot tak menjadi seperti yang diharapkan walaupun menggunakan bahan dan resepi yang sama berkali2! Serius stress, nak quit, fed up semua ada. Ya, nampak macam bisnes kecil saja kan? Tapi dugaannya, Allah maha besar saja yang tahu. :)


Saya berterima kasih sebab family banyak membantu, dari suntikan modal hinggalah menolong saya menyiapkan order sampai tak tidur malam! Huhu semoga Allah membalas budi baik keluargaku.


That's why sekarang saya limitkan order sampai 500pcs sahaja. Bukan mengalah tapi itu yang saya mampu setakat ini. Saya tak sanggup nak susahkan family semata2 demi bisnes saya ni. Furthermore nak jaga kualiti apam n ofcos untuk jaga nama Anna Delights dalam tempoh jangka panjang.


Dugaan dgn customer? Tentula ada. But tak perlulah dikongsi. Rezeki kita Allah salurkan melalui mereka, jadi tak baik bercakap buruk tentangnya seolah2 kita mencela rezeki yang kita perolehi. Saya banyak belajar itu melalui sifu2 di fb :)


Ok lah nanti sambung lagi, mata dah berat, kang esok tak bangun subuh macamana nak jadi jutawan islam? ;) . Gambar atas tu sebahagian dari order lepas raya tempoh hari.

Update terkini jemput like fb page Anna Delights, http://www.facebook.com/AnnaDelights

21 August 2013

Aidilfitri 2013

Salam..

Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin! Sorry lambat wish tapi takper still bulan syawal lagi kan. ;) taknak cerita panjang sbb dah taip tadi tiba2 tak boleh send n hilang!!haih..no 2nd chance sbb malas nak flashback stories n taip. Hehe. Anyway raya tahun ni lebih havoc and tak rasa macam raya pun!! Tu la padahnya buat biznes makan2 ni..hi3..takper rezeki..alhamdulillah syukur..nak puasa 6 nanti nak raya 2nd time!!weeee~

01 August 2013

Harapan

Salam..dah masuk 10 terakhir ramadhan dah kan kita ni..moga2 ibadat
kita semua diterima..tapi jemaah kat masjid pun sikit2 dah
berkurang..huhu..masing2 urusan kan takperlah..

Lately ni banyak saya dok fikir itu,ini..maklumla bulan puasa ni free,
tak ambik order, setakat 1,2 order je..so bila byk masa free,byk la
masa termenung..pikir pasal biznes..ikutkan nak buat macam2..lepas
raya ni nak korbankan sikit duit hasil kerja nak join kelas
baking..nak up skill..nak upgrade service Anna Delights..

Then terfikir juga pasal kedai..hurm..saya ni dok kampung,kadang byk
terpaksa tolak order sebab customer rasa mcm jauh nak pick up..kalo
nak hantar tempat depa saya caj la sikit..igt nak ambik kedai pun just
untuk senang customer ambik order dyorang la since produk tak banyak
lagi..ada survey kedai murah2 kat kb tapi tak taw sesuai ke tak untuk
jualan kuih ni..n takut tak leh survive pulak nak byr sewa.
Huhuhu..huwaaaaa..poning!

Tapi apa2 pun niat yang baik mesti Allah permudahkan kan walau banyak
mana halangan sekalipun insyaaALLAH..Please doakan saya berjaya
kembangkan my biznes..aameen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...