Showing posts with label seremban. Show all posts
Showing posts with label seremban. Show all posts

09 December 2015

Burger Abah Den

Assalamualaikum.

Isnin haritu mak mertua ajak pergi makan burger famous kat seremban, burger abah den namanya. Malam tu kitorang pergi la berpandukan google maps kat henpon aku ni jumpa la jugak Taman Panchor Jaya Fasa 8 walaupun sempat tawaf 1 taman. Hi hi.

Disebabkan ramai sangat orang so kami decided bungkus jerlah n makan kat tasik seremban kat a&w tu. Aku, Din, mama, papa, sume order burger kambing sado. Budak 3 orang tu burger ayam crispy.

Yang famous kat situ burger tarik ke apa tah namanya tapi dah sold out dah time tu. Nasibla ada kambing. First time makan burger kambing. Memang masyaa Allah sangatlah sedap! Kena betul dengan tekak orang cerewet macam aku ni. Berbaloi dengan harga 12 ringgit pun. Mujur mak mertua yang belanja. 😅

Layanan yang baik burger yang sedap opkos la kami datang lagi. 😊

10 October 2015

Laksa Goreng

Assalamualaikum.

Pagi tadi breakfast masak laksa goreng permintaan suami. Cuak jugak nak masak sebab tak pernah masak dan makan. Takut tak sedap. Suami kata tu hidangan famous kat Pulau Pangkor. Rupanya sedap juga laksa goreng ni ya. Tak cukup pulak sebungkus tadi saya whatsapp suami belikan laksa lagi. Hi hi. Laksa saya guna yang macam cendol ,laksa pendek namanya beli kat mydin seremban.

Resepi:
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
5 tangkai cili kering
**blender

Laksa sebungkus
Sayur sawi
Ayam potong kecil
Sos tiram
Sos tomato
Kicap manis
Garam
Gula
Ajino xbubuh pun ok.

Tumis bahan kisar hingga pcah minyak atau kering sedikit.
Masukkan semua sos garam gula.
Masukkan ayam atau apa2 lauk.
Tambahkan sedikit air.
Biar ayam masak.
Masukkan sayur.
Biar sayur masak sekejap.
Masuk laksa.
Kacau2 sekejap.
Siap.

Sebungkus laksa boleh 4-5 orang makan. Tadi siap tapawkan untuk suami g keje. Alhamdulillah happy sangat rasa. 😍

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...