06 October 2016

Ikea Online

Assalamualaikum.

Lama tak bersiaran di blog ni haa. Banyak sangat nak update tak menang tangan.

Untuk peminat barangan ikea bolehla contact kita ya. Kita pos seluruh Malaysia. Dengan caj upah minimum dan pos yang murah berbaloi tanpa perlu bersesak di ikea. Tunggu jer barang sampai depan rumah. 👌😍

Setakat 9 bulan buat servis ni alhamdulillah semua barang sampai dengan selamat.

Cara belian boleh ke website ikea, screenshot barang yang berkenan dan wsap kat kami, then kami akan bagi quotation.

WhatsApp 012-9876961 untuk details. Atau boleh DM di Instagram , ikea PS Malaysia by yanaden atau pm di Facebook page, ikea PS Malaysia by yanaden atau pm di personal fb saya, Yana Razali. Tqq. 💋💋

02 April 2016

Clenx Tea

Assalamualaikum.

Harini dah hari ke 4 minum natural clenx tea. Ya Allah harini paling teruk rasanya sebab sepanjang pagi tadi sampai 4 kali berulang pi tandas. Sampai xlarat sangat tertidur tengahari tu. Suami balik awal harini pukul 3 baru terjaga. Kikiki.

Aku minum teh ni bukan nak kurus pun. Takderla gemuk sangat tapi dah berisi la banding dulu. Sekadar nak kempiskan perut jer. Lepastu nak cuci2 usus ni haaa. Lantakler nak membuang berapa kali pun. Puas hati rasanya. Lagipun bukan ada gi memana pun. Duk kat umah jer.hihi

Ni pun dah rasa macam mengempis sikit perut. Harap2 berkesan la. Tapi aku xtaw cara betul minum teh ni. Din kata minum pagi dan malam. Tapi aku minum malam jer. Takut pulak minum banyak2 kali. 😁😁😁

Ada 10 sachet jer untuk 1 kotak ni. Habis yang ni stopla dulu. Sebab plan nak try produk detox brand forever living pulak. Kawanku, Ciklat yang jual haruslah support kawan2. Kalau bukan kita siapa lagi. Tapi tengah kumpul duit sebab mahal jugak benda tu. Din pulak buat xtaw jer sebab tu dia belikan clenx tea sebab forever mahal katanya. Haha. Takper aku beli sendiri lerrr.😂

Semoga kempislah perutku dan nyahlah segala angin kotor dan toksin dari badanku. Jom sihat!😘

01 April 2016

KFC Delivery

Assalamualaikum.

Cerita petang tadi. Din order KFC online. Ni first time kitorang order online. Padahal rumah dekat jer dengan KFC tapi sebab malas nak keluar order jerlah.

Order pukul 3. Estimate KFC sampai depan pintu rumah katanya setengah jam. Tunggu punya tunggu tak sampai. Lepastu dapat call dari rider tak jumpa rumah. Dah ke mana2 dah perginya. Haha. Alahai. Geram ada kesian pun ada. Berkali2 dia call. Pelikla kami. Last2 kami keluar jugak pergi ambik KFC tu dah asar time tu.

Kesian rider tu. Berkali2 mintak maaf. Kami pun tak sampai hati duit balance din baginya seringgit. Aku kata apasal sikit sangat b bagi? Kesian dia. Gelak jerla suamiku. Tertukar katanya nak bagi rm10 pi bagi seringgit. Haha.

So conclusion is mana2 company nak buat delivery kena la hire rider yang taw jalan. Ni tah ke mana perginya. Nasib baik suami ok. Kalo x cancel sesajo order. 😁😁😁

Ok lah. Nak settle quotation barang IKEA. Order bersusun. Jomlah kalau ada peminat IKEA. Ushar2 fb ku ya : Yana Razali.
Goodnite.😘

29 March 2016

Ikea Personal Shopper

Assalamualaikum.

Lama tak tulis apa2 kat blog ni. Dah tak rasa nak menulis dah. Sibuk dengan macam2 especially Facebook jer. IG pun tak sempat nak update. Bizi betul mencari rezeki.😁

Alhamdulillah azam aku tahun ni aku dah cakap kat diri aku nak lebih maju ke depan dalam segala hal terutamanya minat aku dalam bisnes.

Syukur dah 2 bulan buat bisnes barang2 IKEA sambutan menggalakkan. Paling utama niat aku nak bagi duit kat ma. Syukur Allah permudahkan. Dapat aku bagi ma duit hasil titik peluh berniaga lepas kahwin ni. Walaupun tak banyak sekadar 3 angka tapi cukup bahagia lihat ma happy. Semoga aku terus murah rezeki. Ma nak apa saja aku mampu belikan satu hari nanti.

Di samping tu aku ada plan jugak nak buat bisnes sampingan tambah lagi pendapatan. Nanti dah berhasil akan aku kongsikan.

Semoga setiap yang berusaha tidak berputus asa dan kaya & berjaya dunia akhirat. Ameen.😘

28 January 2016

Ola Bola

Assalamualaikum.

Balik kerja petang tadi Din terus ajak keluar nak menonton Ola Bola. Sempatla aku masak nasi goreng n meatball, makan n solat asar dulu. Lepastu terus gerak gi Aeon Seremban 2. Ngam2 sampai pukul 6. Beli tiket terus masuk.

Overall cerita ni bagi aku sangat best! Sampai nak menitik airmata. Semangat, perjuangan, kerjasama banyak iktibar dalam cerita ni. Walaupun banyak guna bahasa inggeris tapi tetap sangat mudah difahami.

Kalau rasa nak tengok pergilah tengok. Banyak pengajaran. Kalau tak tunggu tengok online jerla kan jimat duit. Hi hi.

Keluar panggung terus berkejar ke surau dah pukul 8. Sebelum tu dapat  1 berita yang buat aku syahdu dan termenangis tanpa sengaja. Syukur kalau itu rezeki kami. Alhamdulillah.

27 January 2016

Cheesetart Pusing KL

Assalamualaikum.

2 minggu lepas, aku ajak suami buat tour jual cheesetart ke KL. Sebenarnya alang2 nak jalan jer. Boleh jumpa kawan2 jugak. Alhamdulillah Din ok jer, sebab dia pun kaki berjalan. Haha.

Hari sabtu petang lepas Din balik kerja kitorang gerak ke Shah Alam. Sebelum tu singgah Tesco Semenyih hantar cheesetart kat Siti Fatimah, kawan sekolah menengah. Dia order 2 kotak untuk hantar ke masjid. Alhamdulillah.

Lepastu gi Kajang rumah Wahida sepupuku order cheesetart juga. Singgah solat maghrib n lepak makan ringan n borak2 dulu. Then kami gerak ke rumah kawan Din kat Serdang rasanya lupa pulak. Hantar minyak haco dia beli n bagi cheesetart sikit untuk anak2 buah dia.

Kami teruskan perjalanan ke shah alam hantar cheesetart untuk Maizatul, kawan sekolah jugak. Maizatul duduk flat proton dekat umah Kakja jer. Malam tu tumpang tidur rumah Kakja. Pekena mee kari kenyang tak terkata.

Esok pagi lepas subuh terus siap buat kuih. Kakja masak banyak. Din makan siap2 takut drebar lapar, bahaya. Haha. Saya bawak bekal makan dalam kereta. 😁. Alhamdulillah mujur ada kakak.

Kitorang gi hantar kat customer di seksyen 24. Baik orangnya. Lepastu gerak gi Flora Damansara hantar cheesetart untuk Lina kawan satu, housemate kat udm(unisza) dulu. Borak2 gelak 8 tahun tak jumpa lepastu terus ke Gombak. Rumah my darling bff, Jojah. Hihi. Dia pun order 2 kotak. Jojah siap mintak saya masak n dinner lagi kat rumah dia. Alhamdulillah kari ayam tanpa santan semua makan bertambah. Jam 8 lebih kami gerak balik ke Bukit Kemuning tidur rumah Kakti pulak.

Malam tu makan nasi ikan singgang dengan kerang rebus. Oh sedapnya!
Esoknya buat cheesetart sikit untuk Hanum kawan sekolah. Lebihnya buat untuk budak2 ni diorang suka la main masak2 dengan ciksu. Hihi. Kakti masak sup tulang sedap sangat. Makan 2,3 round. 😂. Petang pi hantar cheesetart kat Hanum di seksyen 8. Balik rumah kakti lepak2 sambung buat tart dengan budak2. Lepas maghrib kitorang gerak balik Seremban.

Sebenarnya tak terus balik. Kami pergi merayau ke Ikea Cheras. Haha. Pergi kejap jer sebab dah nak tutup. Ok la sempatla cuci mata. Lepastu terus ke Bukit Ampang tempat yang dah lama aim nak pergi. Alhamdulillah sampai jugak. Ok itu nanti cerita. Hi hi. Dah zohor jom solat dulu. Jauh perjalanan luas pemandangan. Alhamdulillah atas segala rahmat dan ujian. 😍

09 December 2015

Burger Abah Den

Assalamualaikum.

Isnin haritu mak mertua ajak pergi makan burger famous kat seremban, burger abah den namanya. Malam tu kitorang pergi la berpandukan google maps kat henpon aku ni jumpa la jugak Taman Panchor Jaya Fasa 8 walaupun sempat tawaf 1 taman. Hi hi.

Disebabkan ramai sangat orang so kami decided bungkus jerlah n makan kat tasik seremban kat a&w tu. Aku, Din, mama, papa, sume order burger kambing sado. Budak 3 orang tu burger ayam crispy.

Yang famous kat situ burger tarik ke apa tah namanya tapi dah sold out dah time tu. Nasibla ada kambing. First time makan burger kambing. Memang masyaa Allah sangatlah sedap! Kena betul dengan tekak orang cerewet macam aku ni. Berbaloi dengan harga 12 ringgit pun. Mujur mak mertua yang belanja. 😅

Layanan yang baik burger yang sedap opkos la kami datang lagi. 😊

16 October 2015

Aku

Assalamualaikum.

Tetiba rasa nak tulis blog guna gantinama "aku". Sedap sikit nak update. Rasa macam diari. Kikiki. Entah pape jerla. Sebenarnya tak mandi lagi ni. Dah 3 hari demam tapi harini dah ok sikit cuma malas tu masih ada la. Dah nak pukul 3 nak sesiap la lagi 2 jam laki balik kang tak pasal2 kena maki mandi tak makan pun tak Kehkeh. Masak tak kisah sangat sebab dia lg pandai masak dari kita.

Tadi pun sebelum pergi kerja siap tanya nak proceed tak order kepak ayam madu semalam diorang hantar harini. Taknaklah b takder. Kita order semalam sebab katanya delivery pukul 9 mlm. Tunggu punya tunggu xreply pun pm n comment. Hurm takperla takder rezeki. Duk intai2 nak g chicken ball ball rice restaurant kat seremban ni nampak macam sedap, tunggu suami free la n badan sihat sikit. Makan jeer kojo ko yer. ..asal makan jer sihat..asal sht jer makan.. Kehkeh. dahla bebel nak mandi. Tata. 😁

10 October 2015

Laksa Goreng

Assalamualaikum.

Pagi tadi breakfast masak laksa goreng permintaan suami. Cuak jugak nak masak sebab tak pernah masak dan makan. Takut tak sedap. Suami kata tu hidangan famous kat Pulau Pangkor. Rupanya sedap juga laksa goreng ni ya. Tak cukup pulak sebungkus tadi saya whatsapp suami belikan laksa lagi. Hi hi. Laksa saya guna yang macam cendol ,laksa pendek namanya beli kat mydin seremban.

Resepi:
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
5 tangkai cili kering
**blender

Laksa sebungkus
Sayur sawi
Ayam potong kecil
Sos tiram
Sos tomato
Kicap manis
Garam
Gula
Ajino xbubuh pun ok.

Tumis bahan kisar hingga pcah minyak atau kering sedikit.
Masukkan semua sos garam gula.
Masukkan ayam atau apa2 lauk.
Tambahkan sedikit air.
Biar ayam masak.
Masukkan sayur.
Biar sayur masak sekejap.
Masuk laksa.
Kacau2 sekejap.
Siap.

Sebungkus laksa boleh 4-5 orang makan. Tadi siap tapawkan untuk suami g keje. Alhamdulillah happy sangat rasa. 😍

12 August 2015

25 days as a wife

Assalamua'laikum,

Alhamdulillah diam tak diam dah 25 hari bergelar isteri kepada mr. Saifuddin. I'm feeling soooo blessed. 😍

Lepas seminggu kahwin terpaksa la ikut suami ke negeri darul khusus tempat suami cari rezeki. I cried almost everyday sebelum n selepas beberapa hari datang sini. Haahaa. Pelik kan. Bukan xpernah tinggal family before tapi kali ni rasa sgt2 berbeza sbb i'm leaving for good dh jadi bini orang kan.. Kena la ikut suami wherever he goes.. 😜

Kat Seremban ni bosannya lahai. Takder apa pun yg best. Paling2 pn husband bawak g mall pusing2 tengok wayang. Hihi. Nak start buat kuih pun tak ada barang lg kat rumah ni. Tunggu balik raya haji nanti la angkut semua bawak datang sini. .

Insyaa Allah semoga Allah mudahkan perjalanan hidup ini. Ok lah nak g goreng nasik perut dh berkeroncong. Suami taknak makan sebelum g kerja sebab nak makan dengan kawan2. Ok ler tak pyh nak ketung ketang pagi2.. Kuikui.. 😁

10 April 2015

Persiapan Kahwin

Assalamua'laikum.

Bukan main lagi kan, berkurun2 lama tak update blog tetiba up status persiapan kahwin. Kihkih!

Alhamdulillah sampai gak jodoh. Rasa tak percaya pun ada tapi dah jodoh terima ajer lah. Hihi.

Banyak lagi belum buat persiapan masa tinggal tak berapa lama dah kursus pun belum. Hahaha.

Insyaa Allah majlis buat kecik2 ajer n memang saya plan buat sendiri semua dari kad kahwin, baju hingga ke pelamin pun! Hihi. Jimat bajet lepas kahwin lagi banyak nak pakai duit kot.

Saya tak rasa perlu membazir untuk majlis 1 hari tu jer. Tak berbaloi lansung. Biarla sesuai dengan bajet kan. Ukur baju di badan sendiri. Pepatah omputih kata "less is more" . ;)

So far, baju nikah ajer yang dah tempah jahit, kain beli dekat Nagoya Tesco harga rm37 untuk 3meter 1/2. Buat dress simple jer. Murah kan? Hihi. Upah jahit belum tahu berapa belum siap lagi nanti sy update kemudian. Lepastu lace manik2 simple jahit sendiri jer.

Semalam dah pergi beli kertas kad untuk buat kad kahwin. Pergi kedai apa namanya lupa pulak dekat depan Manjaku tesco tu. Plan nak craft paper tapi ada yang bercorak jer taknakla kan yang gtu untuk buat buku scrap bolehla.

Lepastu abang tu suggest yang wangi2 tu memang best tp harga rm25 1rim(100pcs) kalo xsilap so sy tanya yang lagi murah so dapatla rm10 utk 1rim. Ada corak kerawang2. Bolehla kan. Lagipun kad tu nanti potong 3 untuk 1 keping kertas A4 tu. Dapatla 600 kad utk dua belah pihak.

Design kad dah ada tinggal nak buat jer ni tak menyempat lagi. Hehe.

Tu jer dulu nanti saya update lagi pasal kahwin bajet ni ya. Insyaa Allah jangan susahkan yang mudah, semua orang boleh kahwin. Hihi. Tata.



Muka org gediks nak kahwin. Hahaha

posted from Bloggeroid

01 January 2015

ga

Ooixu s . .. . IIT IIT I I IIT IIT iij PvP 6 p.ddèrd
Kukklijb ybjnoo
Z ßw CAA

posted from Bloggeroid

16 December 2014

Mencari Oven

Assalamua'laikum,

Dah nak dekat 3 pagi tapi mata taknak pejam2 lagi padahal dah mengantuk sangat2! Penangan oven punya pasal..dok Google sana sini alahaii tu pun tak puas ati lagi..makin pening lagi ada laaaaa..

Mula2 macam dah decide nak brand Europa Valencia tuh haa..tapi google2 lagi orang kata zanussi lagi ok..fagor pun ada gak pakai..entah apa ke namanya lagi banyak dah list, mana 1 jadi rezeki taktaw la tu..

Ingat nak beli yang letrik jer..nak pakai gas2 renyah n tak reti..gas kat rumah pun tak pernah berani pasang ini pulak untuk oven besorr utk bisnes..alahaii..tapi sampai bila kan? Org kata bleyh jimat letrik..lagipulak selamat kalo takde api ke kan still boleh guna oven gas..itupun kalo adunan semua dah selamat siap kalo tak alamatnya mixer pun cari yang gas jugak la gamaknya ..keh keh..ada ke pulak..

Lepastu kan kat Kelantan ni choice tak banyak n harga pun agak mahal..tapi taktaw la kan..belum survey ke kedai lagi..ada google yang oven berjaya tu tapi over budget la kalo yg tu plus tlalu panjang n sebab operasi kat rumah jer so mmg takder space utk itu..so kena kiv dulu..kita pun baru merangkak2 jer..pelan2 kayuh la ya..

Sekarang ni still guna Elba..brapa liter xpasti pulak tapi sizenya besar jugak boleh muat 3 tray..tapi saya selalu buat 1 tray jer..sbb dia tak masak sekata kalo bubuh banyak2 tray..ada kipas, ada lampu n kipas boleh on off n boleh buat ayam golek gak..oven ni saya study ramai gak kata ok..tapi dgn saya tak ok pulak..bahagian tepi kiri kanan mudah hangit tapi yg tengah belum masak pun lagi..sedih betul..beberapa hari lepas buat tart shell sampai hitam legam jadiknya..terpksa tambah lagi bakar yang lain..sampai customer kena tunggu..nasib baik jiran jer..lagi baik nasib esok nk repeat lagi order cheesetart.. Hihi..alhamdulillah..

Ok lah terpannjang la pulak entry nya..lama tak memblog punya pasal..heee..


Gambar ada kaitan dgn oven sbb ini ler si oven hunter tuuu..kikiki..kelas mekap petang tadi dengan Kak Ra rara_touchnshoppe[IG] ..takder keje cari keje inilah dia..ngeeee..dah2 nak tido. Goodnight!


posted from Bloggeroid

16 October 2014

Simpanan Hijau

Assalamua'laikum..

Haritu kan ada baca yang kawan shared kat fb pasal simpanan hijau. Rasanya masa keje dulu dah penah buat tapi belum pun tebal simpanan tu habis saya gunakan..kih kih kih..memang dasar pemboros..

Mulai hari ni dah start balik saving duit 5ringgit yang saya dapat. Excited sangat ni.. Sampaikan tadi pegi kedai bagi duit rm10 harap2 dapat baki not rm5 sekeping tapi hampa cashier tu bagi semua duit seringgit..takperla bukan rezeki..

Harap-harap kali ni istiqomah la daku kan..hik hik.. Jom menabung! Dah banyak masuk tabung haji. Tunggu update sebulan dari sekarang berjaya ke tak ya..hi hi..



posted from Bloggeroid

31 August 2014

Lamanya tak tulis blog

Assalamua'laikum..

Lama benar dah rasanya tak tulis apa2 kat blog sumpah xtahu apa nak cerita.. Malam ni tetiba pulak tergerak hati..alhamdulillah..haritu ada jugak bukak account nuffnang, tak sangka banyak be yang active.. Betul ke be? Heheh dah lupa apa ke namanya..ada la jugak tengok hasil duit dok menari-nari kat situ..haaa ada lg rezeki..syukur pada Allah..

Sekarang ni dok sibuk dengan kedai alhamdulillah jugak sebab kecik2 pun dapat jugak buka kedai..kedai kecik je share2 ngn family.. Sy jual bukan kuih saja la n rasanya kuih macam tak ada jer..hahaha..sbb kita buat konsep vendor..sekarang kan banyak macam tu..tp kat Kelantan ni tak meluas lagi la..insyaaAllah kalo Allah izin bolehlah maju setapak lagi..

Sebenarnya kan tahun ni nak kawen..tapi entahla mungkin Allah belum izin..rasa macam sedihnya tak boleh nak cerita kat orang..memang pun sebab cerita kt Jorja jer..tapi tak bolehla kan, kita ada agama, kena percaya qada' n qadar..rukun iman tu..kalo tak percaya bermakna runtuhla iman tu.. Allah..sedih..tapi kena kuat..banyak benda nak fikir selain benda ni..sabar jerlah..memang saya, Allah takdirkan jd superwomen kot.. Dalam tangis tu dgn kerja, dgn supplier, dgn customer maintain jer..padahal dalam hati..huwaaaa berdarahhhhh..kehkeh..superwomen la sgt..takder maknanya..

Ok lah nak g mandi balik kerja tadi melepek dulu kat bilik..orang lain cuti pun kita kerja..takper kita suka jer..jd bos sendiri..kuikuikui.. Tata.



posted from Bloggeroid

25 July 2014

Big girl best birthday

Assalamua'laikum..

Alhamdulillah yeayyy cukup umur dah..hihihi..panjang umur lg syukur alhamdulillah..tapi paling best birthday tahun ni sbb jatuh time ari jumaat, bulan puasa, nk dekat raya pulak n part plg best semua kawan2 mendoakan biznesku juga..ameen..takde celebration pun sbb super duper bizi siapkan order popia..alhamdulillah..selamat hari raya from big girl yg xbesar2, xmatang2! Hahhaa..

posted from Bloggeroid

11 July 2014

13 ramadhan , nafsu

Assalamua'laikum..

Alhamdulillah dah masuk 13 ramadhan dah arini..sekejap jer masa berlalu dah masuk jumaat balik..

Puasa kali ni taktaw kenapa rasa macam gitu2 ajer takder rasa excited sangat..bukan tak excited puasa tp dari segi makan tu kitorang 1 family prepare biasa2 jer..yang paling best sampai harini sekalipun belum jejak bazar ramadhan..ahah so unbelievable!! Hari2 masak jer..masak pun simple jer..sungguh tak excited bab makan..

Urm mungkin ni satu rahmat dari Allah supaya tak membazir kan..mungkin Allah ada perancangan lebih baik..atleast nafsu makan terkawal..syukur sangat dh tu..berat badan mmg turun lah ni makan nasik sesenduk kecik jer..memang diet habis..air pun banyak minum air suam, air kelapa ngan air soya jer..air lain mmg takder dalam kepala..hihih..

Mungkin kena pegi jugak kot bazar ramadhan saja nak tengok2 telatah orang berniaga, cari inspirasi..hihi..tapi taktawla dengan mood ke laut entah bila nak menyinggah..kalo dulu sehari tak pergi tak sah..paling2 rembat ikan keli bakar, ikan pari bakar, kerabu kaki ayam,kerabu sotong, kerabu perut,puding sekaya dengan air hampir semua jenis air di bazaar tu dibeli dan cuba ..haha dasyat betul perubahan yg drastik..

Tapi takper la kan berubah untuk kebaikan..moga2 banyak lagi kebaikan yang singgah akan datang nanti.. Insyaallah..

posted from Bloggeroid

29 June 2014

1 Ramadhan

Assalamua'laikum..selamat berpuasa semua..alhamdulillah pjg lg umur kan dpat lg merasa ramadhan tahun ni.

Semalam dh 1st terawih alhamdulillah dpat tunaikan di masjid macam taun lepas..tp yg terkejutnya bila time imam bg tazkirah sebelum terawih tu dibagitawnya terawih tahun ni buat 20 rakaat campur witir jd la 23 rakaat..uumakk aihh..masing2 jemaah tarik napas tekejut..haha..sebab taun sudah2 kat masjid buat 8 jer..sy pn ckapla kat ma n moklah kt sebelah ,last dh la pi masjid ni..hihihi msg2 gelak xkeluar suara..

Bila solat lepas 8 rakaat jer ramai yg dh balik..nk ckupkan 23 rakaat ada yg tukar saf dr depan dok belakang..ada yg solat dduk..ada yg dok bilang dh berapa rakaat ni xlarat dh..sy la tu..hihihi..tp apa2 pn solat la jgk sampai abes..alhamdulillah..tp sbb xbiasa kan..dgn bacaan panjang..pkul 11 bru sampai rumah..rumah 2,3 mnit je dr masjid..balik trs tdo..

Tadi pulak lpas bukak puasa perut meragam..sesak nafas lg..kesihatan mkin teruk pulak lately ni..biasala masalah angin + gastrik dh ni xmakan 1 hari..lpas msuk mkanan nk membuang nk muntah semua ada..Allahh seksa..takperla..semua ujian dari Allah..sabar dan redha..harap2 Allah ampunkan dosa2 kecil kan..ameen.. So tak pergi la terawih td..solat pn terbongkok2..ma dgn abg ipar jer yg pergi tu pn dyorang pergi surau..hihi..9.30 dh blik alhamdulillah smpat la buat kerja2 lain..

Harap2 Allah permudahknla puasa kali ni dgn dugaan angin n gastrik ni sedih pulak kalo xdpat terawih berjemaah macam taun2 sebelum ni..harap2 diri ni mmpu bertahan la hendaknya..

Selamat berpuasa dan bersahur semua..tadarus jgn lupa.. ;)

posted from Bloggeroid

07 May 2014

Takder Rezeki

Assalamua'laikum..


Last month Joja ada told me yg kawan dia ada buka booth sempena karnival tani at umk..so she proposed me untuk letakkan my popia nestum Isabella dekat sana..so bincang2, sy, Jorja n her friend pn setuju la..I kept remind myself that 10hb this project will start......

Then last two days, joja wsap me dah siap semua ke kan all those popia yang dijanjikan sebab esok(6/5) dah nk start karnival..and I was really surprised la sbb I didn't prepared anything punn!!!!!ye la kan sebab dok igt 10hb..padahal 10 tu is the last day!!huuu... Terkejut, frust semer ada la sbb tak dapat nak penuhi permintaan kan..so I said really sorry to joja n her friend..sbb nak buat tergesa2 memang tak sempat..

Alhamdulillah dyorang pn ok jer..takder rezeki kan nak buat macamana..salah sy jugak sbb tak reconfirmed dlm trikh tdekat tu..haih takpelah lesson learned...but Allah dah kata kan setiap yang berlaku ada hikmahnya, tiba2 menderu2 masuk order popia nestum lepastu..alhamdulillahhh..tak ada yang mustahil bagi Allah..DIA yang menetapkan rezeki untuk setiap hambaNYA...I'm feeling blessed..




posted from Bloggeroid

25 April 2014

April

Assalamua'laikum..


Hye all, I'm sorry for didn't updating blog for quite long period of time..I really miss blogging damn much but im toooo busy with my personal life and business of course, alhamdulillah.. ;) .. Ok lah, need to sleep, it's 3.32am already..and I just finished rolling my superlicious ISABELLA for my very beautiful agents n customers.. Syukur alhamdulillah..visit my fb page: Anna Delights for more updates n details okeh...to be continued.. Hihhiii .



posted from Bloggeroid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...