Salam..sejak serius buat bisnes apam polkadot ni alhamdulillah sedar tak sedar dah dekat 10ribu biji apam polkadot buatanku @Anna Delights terhasil, dalam tempoh 4 bulan. Syukur rezeki dari Allah. Murah rezeki mudah-mudahan Allah tukar 10ribu biji jadi 10ribu ringgit! Aameen.. :)
Sebenarnya dalam tempoh 4 bulan ni, memang tempoh yg sangat mencabar la bagi saya. Terutama dalam mengurus kewangan..fuhh memang saya kena lebih banyak menuntut ilmu la bab ni. Duit mengalir laju macam air! Haih!
Dari segi emosi, saya banyak follow jutawan2 dekat facebook (Dr. Azizan Osman, Anis CMC, Irfan Khairi, dll) untuk baca status2 mereka n motivate diri supaya tak rasa down, even memang sometimes rasa sangat2 down especially bilam apam polkadot tak menjadi seperti yang diharapkan walaupun menggunakan bahan dan resepi yang sama berkali2! Serius stress, nak quit, fed up semua ada. Ya, nampak macam bisnes kecil saja kan? Tapi dugaannya, Allah maha besar saja yang tahu. :)
Saya berterima kasih sebab family banyak membantu, dari suntikan modal hinggalah menolong saya menyiapkan order sampai tak tidur malam! Huhu semoga Allah membalas budi baik keluargaku.
That's why sekarang saya limitkan order sampai 500pcs sahaja. Bukan mengalah tapi itu yang saya mampu setakat ini. Saya tak sanggup nak susahkan family semata2 demi bisnes saya ni. Furthermore nak jaga kualiti apam n ofcos untuk jaga nama Anna Delights dalam tempoh jangka panjang.
Dugaan dgn customer? Tentula ada. But tak perlulah dikongsi. Rezeki kita Allah salurkan melalui mereka, jadi tak baik bercakap buruk tentangnya seolah2 kita mencela rezeki yang kita perolehi. Saya banyak belajar itu melalui sifu2 di fb :)
Ok lah nanti sambung lagi, mata dah berat, kang esok tak bangun subuh macamana nak jadi jutawan islam? ;) . Gambar atas tu sebahagian dari order lepas raya tempoh hari.
Update terkini jemput like fb page Anna Delights, http://www.facebook.com/AnnaDelights
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
Syukur dengan rezeki yang Allah turunkan, Alhamdulillah. :)
akak doakan semoga yna akan terus bertambah maju dalam bisnes kecil-kecilan ni....pelbagaikanlah cara pembungkusan untuk menarik lebih ramai lagi pelanggan...okay tak?
Kakcik: Alhamdulillah.. :)
K. Ida: Terima kasih K. Ida.. InsyaaALLAH akan cuba apply idea K. Ida..thanksss kak sayam! ;)
TAHNIAH! kemajuan yg pantas, mmg tak terkejar jadinya. Kalau dah stabil, bolehlah cari pembantu sorang..part time.
bagi akak, apam yana tu mmg sdp..intinya pun sdp. kalau dkt mesti rajin akak order.
K. Ujie: alhamdulillah rezeki dari Allah k.ujie.. Tp tu lah apam ni bermusim..kadang order byk tak terkejar..ada juga time takde order lansung..huhu..nak ambik pekerja insyaaALLAH sikit masa lg..terima kasih kak atas positive feedback! Weeee~ happy! Hehe.
salam yana..moga bisnes terus berkembang...permulaan yang baik tu..insyaAllah berniaga blh menguntungkn kalau kena cara...:)
K. Aishah: wslm k. Shah..thanks byk2..yna bru nak belajar :). InsyaaALLAH mudah-mudahan Allah permudahkan jalan..
Assalamualaikum dan salam perkenalan...comei2 polkadot mace tuan punya belog..:) norazhobbies
semoga yana lebih berjaya lepas ni ye..chaiyok!
Rose Azadir..tq bw sini..nt sy singgah ur blog ya.. :)
Norazilawati Ahmad..wslm n slm pkenalan..hihi timo kasih sis.. :)
Lynn..aameen n time kasih lynn cayunkkk! ;)
Post a Comment