Assalamua'laikum..
Satu ketika dulu, saya pernah delete account facebook saya hanya kerana terlalu kecewa a.k.a putuih cinto..kisah itu, 2 tahun yang lalu..
Penghujung tahun lepas, saya create fb baru saya, dengan harapan untuk bina hidup baru. Alhamdulillah, my life goes smoothly even sometime rasa macam, sangat berat dugaan hidup, macam2 yang berlaku! But it's ok la, it's not about the broken heart anymore. Huhuw. I've no bf afterwards, ada la friend2 but not for serious one.
About the man i love much before, sebelum create new fb lagi memang dah tahu, he's leaving me for good, for someone better than me, perhaps. Sadly,i know that girl, and she knows me. Perampas?? Entah. Memang dulu tak boleh terima. Tak boleh dengar siapa2 pun sebut nama dia, dengar cerita pasal dia, tengok gambar semua la!
Tapi betul la, kawan2 blog pernah cakap, masa merawat segalanya. Alhamdulillah harini dgn hati yang berdebar, saya stalk fb 'mereka'. Dan dengan tangan yang menggigil sejuuuk(what a shame!) saya lihat gambar pertunangan mereka. Sweet. Ada air mata yang ditahan dari menitisss ketika itu.
Entahlah apa perasaan, yang pasti saya dah cukup kuat dan lali hadapi semua ni. Permainan dunia. Cinta masa muda. Datang juga fikiran jahat untuk doakan kebahagiaan diorang tak lama. Haha. Tak baik la macam tu. Bahagia ke tak biarlah depa. Kalo pilih jalan Allah, bahagialah, if not? U know the answer.
Qada' dan qadar, jodoh Allah tentukan. Kita merancang, Allah jua merancang. Namun yakinlah rencana Allah yang terbaik, tersirat sejuta hikmah dibaliknya.
Alhamdulillah, atleast saya dijauhkan dari dosa couple, dating etc. Dosa yang ada ni pun tak tertanggung ini nak cinta2 bagai lagi. Huh. Syukur ya Allah. Kau memilih aku kembali padaMU. Kau memilih aku yang dulu jauuuhhh dariMU ke pangkal jalan.
Iya, saya bukan berjubah, berjilbab tapi saya ada keinginan ke arah itu. Bukan nak tunjuk alim, tapi saya sedang berusaha menutup aurat dgn sempurna,berusaha tentang banyak perkara. Ya Allah pimpinlah hambaMU yang lemah ini menuju syurga Mu. Ameen ya rabb.
Filippo & Effa Abdullah
(nama fb)
(may Allah bless u both)
"Daun yang jatuh tak pernah membenci angin. Dia membiarkan dirinya jatuh begitu saja. Tak melawan. Mengikhlaskan semuanya."
View Point Wang Kelian
2 days ago
7 comments:
Takde pelah. Biarlah diorang happy. Awak mst dpt yg lagi baik lagi. Inshaa Allah.
mungkin mmg bukan dia jodoh yg tertulis buat Yana.
Biarkan pedihnya hati, nanti masa akan mengubat segala. Yang penting, ikhlaskan segala..lepaskan memori luka lalu.
insya allah...segalanya akan lebih baik nanti....lepaskan segalanyaaa...lepaskan dari hati,jangan simpan terbuku,redha dan ikhlas...
doakan yg terbaik for u yer !
Yana..
i'm sure ade org yg lebih baik utk yana kat luar sane..jgn sedih2 ye syg...
Insya allah akan ada yang jauh lebih baik yang sedang menunggu..ikan di laut asam di darat..sampai masa bertemu jua..doa banyak2 ye
ct thu cmne sedih tu..sabar ye...mungkin ade hikmahnya...smoga yana dpt yg lebih baik k, pasti ade je yg duk usha yana tu :D
Post a Comment